Rabu, 31 Mac 2010

Keselamatan Bermula dari anda

Kemalangan di Drydock World Graha
On 6th March 2010, there was a serious accident at one of the 'drydocks world' facility situated in batam. 1 worker died on the spot while 2 others are in critical condition at one of the island's hospital. incident details as per below:
- At 07.45 hrs 3 workers were opening a pipeline outlet blank unaware of the pressure inside.
- Air test had been done some time back and 1200 bars of pressure was inside the pipeline. And the pipeline had not been bleed off the pressure.
- There were no LOTO or warning signs in place on the pipeline.
- Release valves were not checked by the workers for pressure inside.
- The worker unbolted the blank when it flew off and hit the 3 right in the face.
- 1 worker died instantaneously, while another 2 sustained serious injuries.

Sebenarnya banyak perkara yang boleh kita pelajari dari kemalangan yang berlaku kat atas. Aku perhatikan kat loji aku bahagian maintenance (Mechanical, Instrument dan Electrical) kadang kala terlalu bergantung kepada bahagian Proses untuk memastikan keselamatan mereka. Langkah berjaga2 biasanya tidak diambil untuk memastikan yang persekitaran atau tempat kerja bakal dilakukan mereka telah BENAR2 SELAMAT. Bagi aku cerewet atau curiga akan keselamatan adalah sesuatu yang baik kerana apabila kejadian seperti diatas berlaku segalanya sudah terlambat. Jika anda tidak yakin akan keselamatan anda terjamin bagi melakukan tugasan tersebut; JANGAN LAKUKAN.

Pos yang aku rasakan menarik untuk dikongsikan:

From: rio.hend...@akersolutions.com ...@akersolutions.com>
Subject: RE: [Oil&Gas] RE: (HSE ) Drydock Graha Accident
To: Migas_Indone...@yahoogroups.com
Date: Friday, March 26, 2010, 10:17 AM


Informasi, test dilakukan di atas kapal, berdasarkan
laporan bahwa test presure mencapai 1200 Bar, maka sudah semestinya di sekitar
area test musti diberikan pita baricode, akan lebih baik lagi kalau diberikan
lampu warning. Karena test dilakukan saat malam hari. Mungkin ada lagi yang mau
menambahkan siapa tahu bermanfaat bagi pihak DD ( siapa tahu ada karyawan DD
yang ikut millist ini )

Yang terpenting, share informasi harus jelas, karena ada
pergantian shift yang mana akan banyak orang datang sebelum tahu kondisi
terakhir di lapangan.
Sepertinya karena didesak dead line penyelesaian pekerjaan
yang semakin mendesak ( atau mungkin sudah terlambat ) menyebabkan para
foreman/leader di area tersebut terburu-buru dalam bekerja tanpa mencari
informasi lebih lanjut tentang status terakhir process testing
tersebut.

Regards
Rio


Ahad, 28 Mac 2010

Confined Spaces




Pakai PPE yang sepatutnya

Tajuk kali ini berkenaan dengan Confined Spaces (CS), aku buat khas bersempena kejadian enam warga Filipina maut didalam Tangki bebaru ini. Sebelum aku pergi lebih jauh, baik kita berkenalan dulu dengan CS ini supaya senang untuk kita berurusan dengannya. CS (Ruang terkurung) adalah ruang yang mempunya kreteria seperti berikut:
  1. Bukaan terhad untuk masuk atau keluar.
  2. Pengudaraan (ventilation) yang terhad.
  3. Ruang yang bukannya sesuai untuk melakukan kerja berterusan.
Keadaan diatas berlaku kerana alatan yang berkenaan bukan dicipta untuk bekerja didalamnya tetapi untuk simpanan bahan kimia atau hasil pemprosesan atau alatan yang mesti dipastikan tidak terdedah dengan persekitaran luar (seal). Terdapat keadaan dimana kita terpaksa memasuki ruang berkenaan samada untuk pemeriksaan, pembersihan dan kerja-kerja pembaikian.
Bagi sesiapa yang bekerja di Loji Kimia mereka pasti akan berhadapan dengan tugasan berkenaan dengan CS ini samada secara langsung atau tidak langsung. Bagi keadaan terancang dan faktor masa yang mengizinkan, kerja yang berkaitan dengan CS ini biasanya memberikan resiko yang rendah kerana persediaan yang sewajarnya telah dibuat. Realiti persaingan industri Kimia yang semakin mencabar dan kemunculan China sebagai kuasa baru Industri yang menawarkan kos buruh yang ramai dan murah. Sebarang keadaan yang memaksa pemberhentian Loji pada jangka masa yang lama bermakna bakal berhadapan dengan kehilangan pelanggan. Pada kebanyakan masa, faktor masa tidak menyebelahi kita. Pembaikian dilakukan dalam keadaan kilang masih beroperasi dan tekanan yang amat tinggi. Memang benar walau bagaimana terhad masa sekalipun keselamatan adalah perkara yang diutamakan oleh pihak pengurusan. Namun adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan keselamatan diri kita yang terlibat dengan kerja CS ini, kerana dalam keadaan tekanan kerja yang tinggi mungkin pihak pengurusan terlepas pandang beberapa perkara. Sila pastikan perkara dibawah dilakukan sebelum memberi kebenaran atau anda sendiri bekerja di CS ini.
  1. Pemeriksaan kandungan udara persekitaran tempat kerja tersebut. Kandungan Oksigen mesti lebih tinggi dari 19.5% dan LEL yang selamat. (Kandungan oksigen yang berlebihan (enrich; >21%) juga merbahaya kerana ia akan mencetuskan kebakaran yang besar (apabila mematuhi segi tiga api)
  2. Pengudaraan (Ventilation) yang sewajarnya dengan meletakkan kipas atau Blower bagi memastikan pengudaraan yang sesuai dan selamat untuk bekerja.
  3. CS tersebut telah diasingkan dari sistem (Blind/Disconnect) dan alatan yang bergerak telah dikunci (Lockout) oleh jabatan Elektrik (Membuang fius)
  4. Pakailah PPE yang sewajarnya. Biar tidak selesa sedikit asalkan kesan jangka panjang terjamin.
  5. Terdapat orang yang akan berada diluar untuk mengawasi dan menyelamat jika keadaan memerlukan. Pengawas ini juga bersedia dengan PPE yang sesuai (untuk mengelakan kejadian 6 warga Filipina tidak berulang) dan jika kita dan pengawas berada pada jarak yang tidak memungkinkan untuk pengawas melihat dengan mata kasar, tali keselamatan digunakan (Lifeline; untuk mengesan pergerakan dengan menggunakan tali)

Life Line