Selasa, 2 Februari 2010

Dakwah

Dalam keghairahan kita menempelak pemerintah yang bersifat sekular kadang kala tanpa kita sedari dalam kehidupan seharian, kita sering memisahkan agama dari segala perkara kecuali pada beberapa ketika sahaja. Berapa ramai antara kita tidak sedar sepatutnya dalam setiap nafas kita tidak terlepas dari tanggungjawab sebagai hamba Allah. Tidak timbul penyataan jawatan memaksa kita bersikap demikian ataupun undang-undang buruh mengatasi undang-undang Allah atau memisahkan perkaitan agama didalam loji dan surau atau kehidupan sebagai rakyat biasa dan ahli parti politik. Didalam jemaah tabligh apabila diajukan soalan apa tugasan anda. Jawapannya adalah pendakwah. Jadi sebagai orang islam setiap apa perbuatan kita adalah ibadat untuk diri kita dan orang lain (dakwah).
Bebaru ini aku ada terbaca dua artikel yang berkonsepkan agama (klik Link) yang amat buruk akhlak dan bahasanya. Isinya memang agak baik tetapi dicemari oleh bahasa yang bersifat jahiliah, fakta yang menunjukkan ketumpulan akal dan akhlak yang teramat buruk. Jika beginilah cara dakwah terbaru, memang susahlah nak tonjolkan keindahan islam. Tiada toleransi didalam berdakwah untuk memisahkannya dengan sebahagian tuntutan agama yang lain (akhlak yang mulia). Idola umat islam Nabi Muhammad diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik dan hasil dari keperibadiannya maka umat jahiliah di Mekah dengan rela hati memeluk islam. Tahap orang awam macam aku ni, cukuplah dakwah pada diri aku dan keluarga dan harap2 masih memiliki akhlak yang masih diterima islam.
Pemisahan antara agama (dalam segenap sudut) dan kehidupan harian dan kegagalan dakwah adalah menjadi punca utama umat islam seperti hari ini.

Tiada ulasan: