Ahad, 21 Februari 2010

Apa yang Kelakar?


Satu bangsa yang lemah dan sekadar menjadi momokan bangsa lain?

Steam Trap (Perangkap Stim)


Float and Thermostatic Steam Trap

Gambar 1


Gambar 2

Suatu malam aku dan pasukan syif aku telah diamanahkan untuk menjalankan proses start-up bagi satu sistem Distilation Column (Rajah 1). Selepas aras Column dipastikan tinggi dan Pump dihidupkan kini tibalah pulak giliran memperkenalkan stim (Introduce) kepada Reboiler. Injap pengasingan (Isolation Valve) bagi steam supply telah dibuka dan injap bola (Ball Valve) bagi Drain (Bahagian kiri sistem Trap/kanan reboiler) telah dibuka. Apa yang memeningkan kepala adalah tiada aliran stim yang dapat dikesan meskipun injap pengasingan Steam Supply telah dibuka sepenuhnya dan Injap kawalan (Control Valve) bagi stim juga dibuka dengan agak besar (Condensate keluar melalui sistem drain).

Steam Trap ataupun perangkap stim (Aku x pasti ada x loji kat Malaysia menggelarnya perangkap stim) adalah alat yang digunakan untuk memastikan stim mengalir (biasanya stim berada dalam sistem tertutup) dan pertukaran haba berlaku dengan lebih berkesan. Apabila stim telah kehilangan tenaganya akibat pertukaran haba, air yang terkondensasi (Condensate) hasil dari tindak balas tersebut mesti dikeluarkan dan ruang yang dikosongkan oleh Condensate yang telah dikeluarkan tadi telah menjadikan tekanan semasa stim jatuh (Prinsip tekanan adalah memenuhi ruang). Bagi mengekalkan tekanan, penjana stim iaitu Boiler (tiada dalam gambar) akan menghasilkan lebih banyak stim supaya tekanan kembali kepada nilai yang diingini untuk mendapatkan suhu penukaran haba yang dikehendaki (Saturated Temperature; keadaan dimana pada tekanan yang diberi air akan berubah sifat pada suhu yang dikehendaki) dan keadaan ini memberikan bacaan kepada Flowmeter yang stim telah mengalir (percayalah jika tiada pertukaran haba dan tiada trap tidak ada bacaan yang akan diberikan oleh Flowmeter). Condensate yang tidak dikeluarkan dari sistem stim akan menyebabkan pertukaran haba menjadi kurang sempurna atau tidak berlaku (bagi kes aku) dan yang paling tidak diingini adalah penukulan stim (steam hammering) yang boleh merosakkan sistem paip secara total. Satu contoh paling mudah Steam Trap adalah Float and Thermostatic Trap (Gambar) condensate yang terkumpul akan mengapungkan pelampung (Float) dan membuka jalan bagi condensate keluar sehingga pelampung kembali jatuh dan menutup laluan.
Antara kerosakan utama Steam Trap adalah:
  1. Gagal dalam keadaan terbuka - Steam akan terkeluar dan pembaziran tenaga berlaku.
  2. Gagal dalam keadaan tertutup - Penukulan Steam (Hammering)
Bagaimana untuk memastikan steam trap berfungsi atau tidak?
  1. (lihat gambar 2) buka injap pengasingan bagi paip pintasan (Bypass Line) jika pertukaran haba (bukannya aliran) menjadi lebih baik, ini bererti trap telah gagal dalam keadaan tertutup.
  2. Jika Flow (aliran) bertambah lebih dari biasa ini menunjukkan trap gagal dalam keadaan terbuka.
  3. Jika tiada apa2 yang berlaku, kemungkinan besar Reboiler tersumbat atau ada masalah bagi Upstream trap anda.
Dalam kes aku, apa yang terjadi adalah;

Semasa proses Shutdown bagi Distillation Column tersebut, pihak bilik kawalan mendapati aliran stim ke Reboiler masih menunjukkan bacaan meskipun injap kawalan (Control Valve) telah ditutup sepenuhnya. Selepas perkara tersebut disampaikan kepada juruteknik, injap pengasingan pada bahagian kanan (Upstream) Injap kawalan telah ditutup sepenuhnya. Apa yang malang, injap pengasingan ini berada dalam keadaan tutup tidak kedap (Passing). Sekali lagi juruteknik memainkan peranannya iaitu menutup injap pengasingan pada sebelah kiri (Downstream) Trap. Tindakan ini berjaya menghentikan aliran Steam apabila Condensate telah terkumpul didalam sistem sehingga memenuhi dan menutupi sistem Flowmeter.
Semasa proses Start-up juruteknik memulakan Reboiler dengan kaedah SOP (Standard Operation Procedure) bagi reboiler tetapi lupa membuka injap pengasingan pada bahagian kiri (Downstream) Trap. Padan pun Steam tak mengalir.

Khamis, 18 Februari 2010

Menjaga Kehormatan dan melindungi Kemaluan

Satu pagi yang indah Aliran air ke Scrubber telah mengalami penurunan yang ketara. Pemeriksaan Juruteknik proses mendapati minyak Seal pada Pam dari jenis Reciprocating berada pada paras yang rendah. Penyelia yang bertugas bertindak memanggil juruteknik Mechanical untuk menambah minyak Seal tersebut. Selepas penambahan minyal Seal didapati prestasi pam masih berada pada tahap yang rendah (berdasarkan aliran air). Permit untuk pembaikian telah dikeluarkan kepada penyelia Mechanical dan satu pasukan Rotary (pasukan khas untuk alatan yang bergerak) telah dikerahkan ketempat kejadian. Melalui pemeriksaan Lihat, Dengar dan Sentuh, pihak Rotary berkeras mengatakan tiada masalah bagi bahagian Mechanical. Secara kebetulan pada hari kejadian Gauge bagi aras (Level Gauge) tangki suapan kepada pam tersebut tidak berfungsi dan tiada sesiapa sudi untuk membuka injap pengasingan (Isolation Valve) bagi suapan (Feeding/Make-up) tangki untuk memastikan yang pam sebenarnya tidak berada dalam keadaan Starving (Suction tidak mencukupi) terima kasih kepada minyak seal kerana mengelakan pam dari kerosakan akibat Dry Running. Kemaluan Penyelia shift tersebut telah terdedah dan kehormatannya pada Mechanical tercemar (Nasib baik dia seorang lelaki).
Suatu malam yang dingin, juruteknik Produksi telah melaporkan yang Conveyor tidak dapat dihidupkan dan bagi penyelesaian segera juruteknik Elektrikal dipanggil. Memang Conveyor tersebut tidak dapat dihidupkan apabila punat penghidup (Start/Stop Button) dimainkan. Selepas punat pemberhentian kecemasan (Emergency Push Button) yang ditekan sebelumnya (sebagai langkah keselamatan) diangkat (Release) Conveyor tersebut boleh dihidupkan. Satu lagi kisah aib warga proses terdedah.
Dalam Loji kimia, menjadi warga kerja proses/produksi adakalanya terlalu senang bagi loji yang tinggi keboleh percayaannya dan terlalu tidak mencabar bagi loji yang preventative maintenancenya rendah. Segala masalah akan dikaitkan dengan kegagalan total pihak Maintenance. Memang mudah bagi kita tetapi dari segi moral dan maruah benda2 yang terlalu menonjolkan ketidak cerdikan dan terlalu mendedahkan kemaluan seperti dua cerita diatas perlu dielakkan.
Antara sebab berlakukan peristiwa aib seperti diatas adalah pihak proses/ produksi terlalu malas memeriksa alatan mereka dan secara melulu menyalahkan pihak lain. Kadangkala pengalaman yang cetek dan kurang bertanya juga menyumbang kepada peristiwa ini. Adalah satu langkah bijak jika kita memeriksa terlebih dahulu keperluan proses sebelum memanggil pihak yang berkenaan demi mengelakan kemaluan kita dari terdedah dan kehormatan kita tercemar.
Satu peringatan buat aku.

Sabtu, 6 Februari 2010

Membongkar Ketibaan Dajjal

Semua orang pernah dengar tentang nama makhluk yang bakal membawa fitnah yang paling besar kepada manusia akhir zaman ini. Terdapat pelbagai versi tentang kisah makhluk lahanat ini namun agak kurang yang memperincikan siapa, bagaimana, apa yang telah dan akan dilakukannya seperti yang terdapat didalam buku ini. Buku ini bermula agak perlahan dan mengulang2 fakta. Ini dilakukan demi menyediakan pembaca kepada kemuncak rumusan agar senang dicerna. Pengolahan fakta samada dari barat atau timur dan diselangi dengan Hadis dan ayat Al-quran merungkai misteri2 yang menyelubungi tanda2 kewujudan Dajjal dan perencanaannya keatas umat manusia. Misteri tamadun silam dan peristiwa terkini turut diulas oleh penulisnya dengan penuh kebijaksanaan supaya minda kita sedar akan saat ketibaan Dajjal telah hampir. Misteri tamadun Mayan, Aztec dan Makam Shih Huang Di serta kenapa terdapat banyak Piramid bertaburan diatas muka bumi dibongkar dan yang paling hebat mitos Atlantis serta Merlin juga dikupas dengan jelas. Memang adakalanya keterangan yang diberikan agak sukar diterima, sekurang2nya buku ini telah membuka minda aku kepada hakikat untuk bersedia kerana Fitnah sedang berjalan dan yang paling getir bakal menjelma. Buku yang wajib bagi pembuka minda umat Islam.

Selepas aku membaca buku ini aku mula sedar kenapa cerita seperti Lost, Supernatural, Fringe, Merlin dan Avatar kini hebat bermain menyelinap kedalam minda separuh sedar kita. Semenjak dua menjak ini propaganda untuk menyambut Makhluk Lahanat kian rangcak dibuat (spt AJL terbaru). Apakah masa kian hampir?
Aku lampirkan laman pasal Dajjal kat ruangan dakwah disebelah

Selasa, 2 Februari 2010

Dakwah

Dalam keghairahan kita menempelak pemerintah yang bersifat sekular kadang kala tanpa kita sedari dalam kehidupan seharian, kita sering memisahkan agama dari segala perkara kecuali pada beberapa ketika sahaja. Berapa ramai antara kita tidak sedar sepatutnya dalam setiap nafas kita tidak terlepas dari tanggungjawab sebagai hamba Allah. Tidak timbul penyataan jawatan memaksa kita bersikap demikian ataupun undang-undang buruh mengatasi undang-undang Allah atau memisahkan perkaitan agama didalam loji dan surau atau kehidupan sebagai rakyat biasa dan ahli parti politik. Didalam jemaah tabligh apabila diajukan soalan apa tugasan anda. Jawapannya adalah pendakwah. Jadi sebagai orang islam setiap apa perbuatan kita adalah ibadat untuk diri kita dan orang lain (dakwah).
Bebaru ini aku ada terbaca dua artikel yang berkonsepkan agama (klik Link) yang amat buruk akhlak dan bahasanya. Isinya memang agak baik tetapi dicemari oleh bahasa yang bersifat jahiliah, fakta yang menunjukkan ketumpulan akal dan akhlak yang teramat buruk. Jika beginilah cara dakwah terbaru, memang susahlah nak tonjolkan keindahan islam. Tiada toleransi didalam berdakwah untuk memisahkannya dengan sebahagian tuntutan agama yang lain (akhlak yang mulia). Idola umat islam Nabi Muhammad diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik dan hasil dari keperibadiannya maka umat jahiliah di Mekah dengan rela hati memeluk islam. Tahap orang awam macam aku ni, cukuplah dakwah pada diri aku dan keluarga dan harap2 masih memiliki akhlak yang masih diterima islam.
Pemisahan antara agama (dalam segenap sudut) dan kehidupan harian dan kegagalan dakwah adalah menjadi punca utama umat islam seperti hari ini.