Jumaat, 18 Disember 2009

Buku Pengenalan Kepada Pam Empar


Memang sukar nak cari rujukan tentang Pam Empar ni, tambahan pulak dalam bahasa Melayu. Didalam buku ini anda akan dapat mengenali akan Pam ini dengan lebih dekat dan yakin untuk mengoperasikannya nanti....cuma Rm 20 termasuk penghantaran.
e-mail : raja_dewayuda@hotmail.com

Selasa, 8 Disember 2009

Kebolehpercayaan (Reliability)

Zulfikri (bukan nama sebenar) merupakan seorang juruteknik proses yang hebat. Apabila berlakunya sebarang permasalahan yang melibatkan gangguan bagi penghasilan produk dimana2 unit, beliau merupakan pakar penyelesai masalah. Beliau digelar Mr Pin Point. Amat malang bagi beliau kerana beliau tidak begitu disukai oleh Work Managernya. Memang menjadi satu kehairanan bagi kengkawan beliau akan perihal tersebut. Bagi Work manager Zulfikri bukanlah seorang Ibu yang baik? Sebelum aku buka pekung didada Zulfikri aku ingin terangkan serba sedikit tentang satu perkara:

Dalam sesebuah loji satu perkataan keramat yang akan menggambarkan kehebatannya adalah Kebolehpercayaan (Reliability). Perkataan ini menerangkan akan keselamatannya, Perjalanannya dan keuntungannya secara total, maklumlah boleh dipercayai. Secara realitinya tiada satupun Loji didunia yang bersifat kebal iaitu tidak mengalami kegagalan walaupun sedikit. Apa yang membezakan antara Loji2 tersebut adalah berapa kerap dan saiz kerosakan yang dialaminya. Perbezaan tersebut sebenarnya bergantung kepada perkataan diatas tadi dan bagaimana ia direalisasikan.
Antara perkara yang membezakan kerosakan yang berlaku diantara loji yang boleh dipercayai dan yang kurang dipercayai adalah Mean time between failures (MTBF)nya. Perkataan ini menerangkan purata kerosakan sesuatu alatan antara pembaikian pertama dan seterusnya dalam jangka masa yang diingini (antara turnaround misalnya). Semakin sedikit MTBF semakin boleh dipercayai sesebuah Loji itu. Bagi sesebuah loji yang hebat, sebarang kegagalan dikaji secara mendalam dan akan didokumentasikan secara berhemah supaya Mean time to repair (MTTR) atau purata masa yang diambil bagi proses pembaikian bagi kegagalan yang akan datang dapat diminimakan. Antara perkara2 yang boleh dilakukan bagi mengurangi MTTR ini adalah:
  1. Data bagi latar belakang alatan tersebut, kerosakannya, kekerapan kerosakan, pembaikian yang dilakukan dan sebagainya.
  2. Prosedur pembaikian dan tatacara kerjanya.
  3. Senarai alatan yang diperlukan untuk tujuan pembaikian tersebut.
  4. Identifikasi setiap bahagian alatan tersebut.
Jangan sesekali menerima sebarang keadaan kegagalan yang berterusan sebagai operasi normal yang terkini.

Selepas alatan tersebut diperbaiki, untuk menambah nilai MTBF pemerhatian yang berterusan diperlukan. Pemerhatian ini memerlukan kerjasama antara semua pihak dan yang paling utama adalah juruteknik proses yang bertindak sebagai Ibu bagi Lojinya. Seorang Ibu yang baik akan menjaga dan memerhati anaknya secara dekat supaya terhindar dari bahaya dan kemalangan. Perhatikan, dengar dan rasa pergerakan anaknya sentiasa. Sebarang ketidak tentuan atau rasa sangsi hendaklah dikhabarkan kepada sang ayah (bahagian Maintenance)barulah keluarga itu bahagia (elok dibaca dengan latar belakang lagu keluarga bahagia: Saujana) dan boleh dipercayai.
Jadi kesalahan Mr Pin Point kita teserlah sekarang, bagi kacamata seorang Work Manager kilang yang baik adalah kilang yang boleh dipercayai iaitu yang kurang kerosakan atau kerosakan yang dikesan dari awal. Ibu yang baik dapat menghindar anaknya dari cedera bukannya seorang yang mampu menjahit kecederaan anaknya sendiri.

Rabu, 2 Disember 2009

The Soul and The Basket

Sewaktu diakhir tahun latihan aku, Pengurus Operasi menemuduga aku dan bertanya apa masalah aku. Jawapan aku adalah aku takut untuk melakukan kesilapan. Dia kemudiannya berkata yang aku dialu-alukan melakukan kesilapan (selepas pertimbangan untuk keselamatan Manusia dan loji) kerana dengan kesilapanlah aku akan cepat belajar. Aku perhatikan generasi terbaru Loji aku (Generasi selepas penghijrahan beramai2 ke Petronas) ada masalah sering mengulangi kesalahan dalam melakukan aktiviti harian (rutin). Kesalahan kesalahan ini adakalanya kelihatan kecil dan sering diabaikan tanpa diambil iktibar sehinggakan setiap kali berlakunya ulangan sering disambut dengan gelak tawa. Apa yang menghairankan tidak terdapat nota2 poket dibawa bersama2 meskipun usia didalam bidang ini baru setahun jagung. Apa yang paling hebat alasan yang sering diberi untuk menutup kesilapan. Aku sedar aku juga bukan sempurna (hanya Allah maha sempurna) tetapi inilah fungsi kerja berkumpulan iaitu menampal kesilapan sesama sendiri dengan kelebihan masing2. Kalau dah selalu mengulangi kesilapan yang sama nak back-up orang lain macam mana? Antara sebab aku memulakan Blog aku adalah untuk berkongsi pengalaman supaya segala kesilapan aku tidak diulangi selain memberi ingatan kepada diri aku.
Sewaktu aku di Universiti seorang pensyarah aku (Dr Azahari Ismail) sering mengulangi, apabila hadir didalam kuliahnya hendaklah membawa bersama The Soul and The Basket (Jiwa dan Raga). Ini amat penting kerana apabila kita hadir secara fizikal dan mental ilmu senang diserap (salinan minda sebelum diserah kepada Cerebellum). Jadi untuk apa2pun yang kita lakukan untuk berjaya hadirlah dengan jiwa dan raga. Aku perhatikan inilah kekurangan generasi baru ini. Tidak membawa bersama Jiwa dan Raganya kedalam Loji, sering ditinggalkan untuk aktiviti luaran.