Selasa, 18 Ogos 2009

Rupture Disks


 
Rupture Disk Reaktor aku


 Contoh RD yg lain
Hari ini dua kali aku dan ahli syif yang lain kena shut down dan start-up reaktor, ianya gara selaput nipisnya yang terkoyak atau gagal dalam mempertahankan kesuciannya. Selaput nipis ini tak lain dan tak bukan ialah....Rupture Disks. Jadi pada pos kali ini aku nak cerita sikit pasal bende ni (tadi aku dah janji dengan salah seorang operator aku en. Azima Tabligh).

Didalam loji kimia tekanan adalah antara parameter yang yang menentukan kejayaan sesuatu proses atau operasi, walaubagaimanapun tekanan mestilah berada dibawah Tekanan maksimum yang dibenarkan (Maximum allowable working Pressure MAWP). Antara peralatan yang digunakan untuk memastikan keselamatan alatan adalah, Pressure Relief Valve (PRV), safety Valve dan Rupture Disk.

Antara sebab terjadinya Tekanan Melampau:
  1. Kebakaran didalam Vessel
  2. Outlet yang terhalang
  3. Kegagalan unit Utiliti
  4. Kegagalan sumber penyejukan
  5. Thermal expansion (pengembangan akibat suhu yang melampau)
  6. Kehadiran bahan mudah meruap
  7. Kegagalan injap
  8. Kegagalan PID
  9. Kegagalan mekanikal
  10. Tiub kelompang penukar haba (Heat exchanger) yang bocor
  11. Tindak balas kimia
  12. Kesilapan manusia.
Rupture Disk adalah pertahanan terakhir sesuatu alatan didalam loji dari keadaan tekanan melampau (Over Pressure). Ia juga antara alatan yang selamat dan agak economical untuk melindungi Manusia, alatan dan proses. Walaupun terdapat perbagai jenis RD ni, mende alah ni hanyalah satu selaput nipis besi yang dibuat untuk pecah pada tekanan dan suhu tertentu. RD dibuat dengan tidak mengambil kira faktor keselamatan tambahan atau dengan kata lain jika dia mesti pecah pada tekanan 7 bar ia mesti pecah pada tujuh bar bukannya pada toleran 1.5 atau 2 seperti alatan penghalang tekanan melampau yang lain.
selaput ini dikira gagal jika:
  1. Pecah pada keadaan sepatutnya tidak pecah.
  2. X pecah bila patut pecah.
  3. Bocor.
Bagi sebarang kegagalan RD alatan yang terlibat mesti di berhentikan pengoperasiannya, kerana ianya akan mengganggu tekanan proses yang sedia ada.

Antara sebab kegagalan mende alah ni:
  1. Memang tekanan tinggi (tapi x sedar atau sekelip mata)
  2. Karat
  3. Pemasangan x ikut spesifikasi pengeluar
  4. Tekanan yang dinilai pada suhu yang salah
Loji aku hari ini mengalami kegagalan no 3 pada dua RD nya.

untuk bacaan lanjut:
  1. Trouble shooting field failures of RD- Alan T. Wilson Chemical engineering Magazine dec. 06.
  2. Protect Plants against overpressure - Wing Y. Young (UOP LLC) Chemical engineering magazine June 01.

Tiada ulasan: