Pada pos aku yang lepas aku ada ceritakan pasal Flooding dan Dumping. Kali ini aku nak bagi tahu pulak satu istilah dalam Distillation Column ini, iaitu Jet Flood. Aku memula dengar istilah ini semasa menerima PDS bagi distillation Column, bos aku masa tu merangkap projek manager agak keliru bagi istilah ini. Jadi kami sama2 cari makna dia kat buku rujukan.
Jet Flood adalah keadaan dimana Foam (istilah bagi bahagian cecair didalam Distillation Column) yang terlalu tinggi pada mana2 bahagian trays atau bahagian bawah column. Bagi keadaan normal bahagian atas Foam ini akan terdapat spray atau entraiment cecair hasil pergerakan wap keatas. Apabila berlaku keadaan level Foam yang terlalu tinggi daya gerakan wap dan entraimentnya akan menyebabkan foam pada bahagian atas tidak boleh mengalir kebawah dan membanjiri tray tersebut (Flooding).
Aku dah tahu maksud istilah ini tapi masih tak faham sehinggalah:
Ada satu Column kat loji aku (rujuk gambar kat atas), kawalan bagi aras, aliran stim dan vakuum adalah dalam keadaan automatik. Suatu hari alat mengukur tekanan telah tersumbat sedikit dan menyebabkan vakuum telah merosot (Breaking?) . Pengukuran aras biasanya menggunakan parameter vakuum ini didalam kiraannya (Pbottom - Ptop; sila rujuk pos aku sebelum ini untuk contoh pengiraan) aras menunjukan bacaan yang rendah sehingga Control Valve LIC menunjukan bukaan 100% bagi memastikan aras column seperti yang dikehendaki. keadaan ini berlaku tanpa disedari sehingga tray pertama telah mengaktifkan alarm Low (rendah). Apabila alarm teraktif, operator yang menyangkakan keadaan berlaku kerana aras yang rendah mengambil kawalan LIC kepada manual dan menetapkan bukaan 100%. Apabila vakuum telah bertambah baik (pulling) dan aras seperti yang dikehendaki, kawalan LIC ditutup sepenuhnya (0%) kemudiannya kembali diletakkan pada kawalan Auto. Apabila LIC berada dalam keadaan tertutup, vakuum kembali merosot dan aras kembali berada dalam keadaan rendah membuatkan LIC kembali terbuka. Keadaan ini berulang beberapa kali, pelbagai andaian dibuat dan antara kesimpulannya adalan suapan (feeding) ke Column telah didominasi oleh bahan yang rendah takat didihnya.
Pada pandangan aku Column bukannya mengalami keadaan suapan yang komposisinya bertukar tetapi kawalan Auto telah menyebabkan Column telah dumping dan akhirnya menyebabkannya mengalami Jet Flood. Rasional kepada kepada pendapat aku adalah:

- PIC yang separa tersumbat memberikan bacaan yang kurang tepat kepada aras Column sekali gus memaksa LIC memberikan suapan yang berlebihan. Ini menyebabkan Column berada dalam keadaan dumping.
- Apabila suapan memasuki Column, wap yang mengalir keatas akan terhalang seketika dan memberikan beban (load) yang rendah kepada Ejector dan memberikan kesan peningkatan vakuum dan aras (kerana pengiraan).
- Apabila LIC ditutup sepenuhnya, wap kembali mengalir keatas dengan sedikit penambahan dan memberikan beban kepada Ejector dan vakuum kembali merosot bersama aras.
- Keadaan dumping dapat dikesan dengan penunjuk aras yang tinggi apabila vakuum meningkat kepada keadaan yang diingini, aras menunjukkan bacaan yang tinggi. Jet Flood pula diwakili oleh tray pertama yang mengalami kejatuhan suhu.
- keadaan ini boleh diselesaikan dengan mengambil LIC pada keadaan manual dan tutup sepenuhnya. PIC manual dan pada bukaan yang sewajarnya. Jika suhu pada bahagian bawah Column masih elok (bahan takat didih tinggi mendominasi), buang sedikit isi column sehingga suhu tray pertama meningkat. Apabila keadaan terkawal letakkan kembali LIC dan PIC dalam keadaan auto.
- Untuk mementukan samada pengukur tekanan tersumbat atau vakuum didalam sistem benar2 merosot. Lihat suhu didalam column suhu akan meningkat seiring dengan peningkatan tekanan. Jika tekanan meningkat tetapi suhu sama...pengukur tekanan telah tersumbat.