Jumaat, 3 Oktober 2008

Blower Surging

Dalam loji ada satu alatan yang melakukan tugasan Blowjob (kerja menghembus) dan ia dikenali sebagai Blower. Alat ini adalah antara alat pengangkutan bendalir (gas) seangkatan dengan Kipas dan compressor. Beza kipas dan blower pada kapasiti udara yang mampu di hembusnya manakala Compressor pulak membekalkan udara bertekanan tinggi.
Kat loji aku Blower ni digunakan untuk mengangkut udara ke reaktor bagi proses pengoksidaan bahan kimia utama. Seperti yang korang sedia maklum loji aku mengalami krisis tenaga kerja kerana proses Osmosis diantara loji kimia kat Malaysia dan kat negara Arab, jadi bahagian Utiliti juga tak terkecuali. Suatu hari semasa Start-up Tarmizi (bukan nama sebenar) dapati Aliran Inlet ke Blower menurun dan tekanan Discharge telah naik, keadaan ini telah menyukarkan Tarmizi untuk meningkatkan aliran udara kereaktor seperti yang diharapkan. Apabila Tarmizi mengarahkan Operator utiliti untuk memeriksa keadaan Blower, operator tersebut menyatakan terdapat bunyi bising yang melebihi keadaan biasa pada unit blower. Oleh kerana operator utiliti ini dan Tarmizi kurang berpengalaman mereka tidak dapat menilai dengan cepat keadaan yang berlaku; Blower telah surging.

Kalau korang nak tahu apa yang akan berlaku pada Blower jika keadaan ini dibiarkan berlaku;

Cuba korang buat Blowjob dengan mulut korang (kerja menghembus) dan kemudian suruh kawan korang menutup mulut korang secara mengejut. Apa yang berlaku pada otot pipi korang dan anak tekak korang agak sama seperti yang berlaku pada blower. Yang berbeza blower mempunyai mekanisma mekanikal yang kurang fleksibel berbanding mulut korang.

Biasanya setiap blower telah mempunyai mekanisma khusus bagi mengatasi masalah ini, spt paip venting pada bahagian discharge.
Jika pump harus dielakkan dari cavitate maka blower harus dielakkan dari surging.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

penerangan sedikit kabur...seperti tergantung...saya percaya ramai yang kurang paham...bolehkah saudara detailkan penerangan mengenai istilah 'surging' tersebut...mungkin boleh gunakan perumpamaan yang lebih saintifik...

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa perumpamaan tu dah memadai, klu nak detail boleh rujuk buku. Apa yang penting tanda2 surging amat penting buat tenaga kerja semasa pengoperasian bagi mengambil langkah mengatasinya.
Untuk detail lg tunggu buku aku yang no-2....x zalim kan
Tuan punya Blog