Aku merupakan seorang jurutera pengeluaran disebuah loji petrokimia di Teluk kalong Kemaman. Aku telah bekerja disini selama 5 tahun dan disinilah interview pertama aku selepas aku bergeraduasi dari sebuah Universiti ("Kolej orang putih nak ajar orang melayu nak tanam padi";Tun Dr Mahathir). Segalanya tidak kena semasa temuduga, sehingga aku hilang selera seharian kerana bertapa bodohnya aku semasa menjawab soalan. Alhamdulillah...rezeki, sebulan kemudian aku dipanggil bertugas.
Kadang kala aku berasa segan bila berhadapan dengan jurutera dari Universiti lain, maklumlah aku generasi ke-3 jurusan Kejuruteraan Kimia di Universiti aku. Dengar cerita tempat lain dah lamaa daah...! siap jabatan kejuruteraan kimia sahaja sama besar dengan satu fakulti Kejuruteraan kat Universiti aku. Tapi percayalah, 5 tahun pengalaman aku semua tu bukan faktor untuk survive kat loji kimia.
Pertama sekali kata pensyarah aku (Dr. Zahari), kita kena kawal Sick-up (sikap) kita. Bodoh x apa asal tak sombong, jangan malu bertanya pada orang lama terutama juruteknik2 yang berada secara terus dalam loji. Jangan nanti tangan melecur kerana tersalah buka injap, atau terkencing apabila mendengar stim 40 bar popping. Betul kita berbekalkan 1001 macam teori tentang itu dan ini berkenaan kejuruteraan kimia, tetapi bagaimana keadaan sebenarnya kita x pernah alami. sebagai contoh 'Hammering' ianya seronok dibaca secara teori, tetapi bagaimana bentuknya, bunyinya apa aplikasinya pada peralatan dan selamatkah kita jika berada berdekatan dengannya, adakah ia sekadar air panas yang disejukkan secara mendadak?.
Walau apapun latarbelakang kita, kita semuanya sama. Dari spesis homosapien(?), kalau kamu percaya akan Darwin, kamu hanya dari seekor beruk yang berevolusi, atau dari kaca mata saintis; hanyalah satu gumpalan Hidrokarbon mentah yang merangkak di planet yang tidak penting. Pasti sekali kita dibekalkan dengan otak yang sama meskipun pada kapasiti berbeza. Kita dinilai dari apa yang kita buat bukan dari apa yang kita fikirkan, belajarlah untuk belajar supaya tidak menjadi kurang ajar. Jangan takut untuk mengakui kebodohan kita. Jangan risau senjata orang tapi asah yang kita punya, kata orang; asal tahu dari mengetahui apa yang kita tidak ketahui.