Segala puji bagi Allah dengan kehendak dan kekuasaannya dapat lagi kita berada dibulan yang penuh keberkatan dan rahmat ini, semoga kita merupakan hamba-hamba yang beruntung apabila ramadhan kali ini meninggalkan kita.
Kepada anak-anak buah aku yang mengikuti/membaca/terbaca coretan aku kali ini....Cuti raya semuanya aku x layan, jadual kerja macam biasa dan klu aku mampu hanya pada pagi hari raya pertama sahaja aku akan pastikan semua orang islam (tu pun kat C/Room sahaja) dapat bercuti. Kalau korang rasa kejam terpulanglah, kecuali kalau loji dalam keadaan S/Down.
Okey, bahagian ketiga dari trilogi Scheduled Waste aku.
Sepanjang tahun ini aku telah menghadiri beberapa seminar anjuran DOE dan terdapat beberapa persoalan yang diajukan oleh para peserta. Disini aku nak berkongsi beberapa pandangan aku berdasarkan soalan yang diajukan oleh peserta2 tersebut:
- SW terlalu sedikit dan sukar dilupuskan kerana tiada transporter yang nak angkut - Langkah yang paling afdal bagi aku dalam menangani masalah ini adalah:
- Buat perjanjian dengan pembekal untuk mengambil balik barang tersebut apabila pembelian barang yang baru.
- Jangan istiharkan sebagai SW (bagi sisa berbentuk pepejal atau yang tidak berubah mengikut masa) simpan saja dalam stor dan berusaha cari transporter yang nak ambik SW ini, bila dah dapat baru istiharkan-langkah ini dapat mengelakkan faktor masa yang 180 hari tu.
- Berbuat baiklah dengan jiran2, tanya bila mereka nak melupuskan SW mereka dan selitkan SW anda sekali dalam consigment tersebut (bukan guna nama syarikat mereka tetapi nama syarikat anda cuma dalam keadaan ini transporter tak akan keberatan untuk mengambil SW anda, alang2 dah ada kat situ apa salahnya ambik SW anda sekali).
- SW yang telah diistiharkan kemudiannya digunakan semula: Ini antara aktiviti gatal tangan yang aku rasa berlakukat semua loji atau tempat, terlalu suka nak istihar sesuatu bahan kimia sebagai SW. Untuk masalah ini kita kembali kepada makna sisa itu sendiri; SESUATU YANG KITA INGIN LUPUSKAN, sebagai contoh mudah: Kita beli satu tin Milo - bila milo dah habis adakah kita secara automatik nak lupus tin Milo tersebut? tak semestinya kan, kita mungkin boleh gunakan Tin tersebut untuk letak Milo paket ataupun letak biskut ataupun buat timba atau buat bekas ubat nyamuk. Jadi selagi ianya berguna kepada kita kita tak akan panggil dia sampah dan lupuskannya. Begitu juga setiap bahan kmia merbahaya yang kita gunakan, pada asalnya ia tertakluk pada undang2 OSH (dibawah bidang kuasa DOSH) jadi selagi ianya masih ada kegunaanya jangan sesekali istiharkannya SW. Bila kita istihar SW kita tertakluk pada EQSW 2005 dan tempoh 180 hari. Bila dah istiharkan dan ambik semula kita boleh dikenakan denda kerana pelupusan haram.
- SW yang disuapkan ke Incinerator melebihi 20 mt (dalam tangki sementara) - masalah ini juga memerlukan kita kembali kepada makna sisa itu sendiri - pada pandangan aku, bahan kimia ini tidak layak digelar SW kerana ianya masih digunakan didalam loji, paling busuk pun sebagai bahan bakar Incinerator atau sebagai ejenpenghasilan stim. Langkah selamat adalah jangan istiharkan ia sebagai SW dan jika terdapat sisa dari pembakaran dan ingin dilupuskan barulah diistiharkan sebagai SW ataupun kalau Incinerator telah didaftarkan kepada DOE sebagai Penunu Sisa Terjadual, Istiharkan sahaja jumlah yang kita bakar sebagai SW bukan bahan kimia yang menunggu untuk dibakar. Pada tangki yang menanggung bahan kimia terbabit kita tampal sticker bahan Kimia merbahaya bawah undang OSH bukan SW.
Okey sekian.