Ahad, 5 Ogos 2007

Bijak?

Apakah itu yang disebut kebijaksanaan, atau apa yang kelihatan demikian hanyalah kehalusan muktamad bagi kebodohan?.

Begini;

Satu projek yang hampir sampai tempoh akhirnya.

oleh kerana tiada sistem pengurusan yang bagus, setiap bahagian paip yang keluar dari bengkel tidak dapat dikesan. Amat sukar untuk mencari semua bahagian yang terdapat didalam isometric drawing (ID) untuk dihantar kebahagian lain ( Sand Blasting-Redoxide painting) kemudian menjalankan ujian radioaktif. Jabatan pemprosesan telah mula membuat bising, kerana mereka menunggu satu paip yang siap spt yang terdapat didalam P&ID untuk ujian hydro dan flushing.

kemudian timbul idea dari seorang yang boleh dikatakan bijak;

Setiap bahagian paip yang lengkap spt ID dipasangkan terus kedalam kilang, kemudian ujian Radioaktif dilakukan, diikuti hidro test dan flushing. Oleh kerana ia kelihatan praktikal, idea itu terus diterima.

Fakta yang tidak diambil kira:
1. Bagi ujian radioaktif, bagi satu sumber berkuasa 8Ci; 30 meter radius harus dikosongkan. Bagi kilang yang berkeluasan sederhana hanya 2 sumber yang boleh beroperasi setiap malam, hanya selepas semua pekerja mekanikal berhenti. Setiap sambungan yang ingin diuji mengambil masa 1/2 jam untuk siap sepenuhnya.

2. Radioaktif test, tidak dapat dijalankan semasa waktu hujan kerana filemnya yang sensitif.

Semuanya menjadi lebih lambat, kerana apabila sesuatu paip itu telah dipasang didalam kilang, bahagian yang ingin diuji akan berada berhampiran. Jika ketika ia tidak dipasang, 10 bahagian sambungan boleh diuji setiap jam, didalam kilang hanya 2 bahagian bagi setiap jam.

Perpatah biar lambat asal selamat tidak relevan bagi projek yang bernilai 10 juta USD ini, kerana hanya sebulan lagi diperlukan untuk produk dikeluarkan.

Sebenarnya, tiada sesuatupun yang boleh dikatakan bijak, kerana ianya hadir bersama pengalaman. Saya percaya selepas ini, perkara ini tak akan berulang lagi dikilang tersebut, sesiapa yang melontarkan idea yang sama bakal dilebelkan bodoh oleh orang yang sama yang melontarkan idea tersebut 10 tahun yang lalu.

Apa yang penting, synergi pengalaman yang datang dari 10 orang yang kurang bijak lebih baik dari 1 idea yang dikatakan bijak dari pengalaman seorang lelaki.


Isnin, 9 Julai 2007

Selamat Pagi Cikgu

Hari ini aku dikejutkan dengan perletakan jawatan dua rakanku (jurutera) kerana ingin menyertai kerjaya perguruan. Agak mengejutkan setelah 4 tahun bersusah payah belajar 'keseimbangan jisim' dan 'termodinamik', ironinya, belum pun sempat rakyat Malaysia melihat hasilnya kita telah mempunyai 2 guru Matematik sekolah rendah yang baru.

Aku bukan menghina kerjaya murni ini dan siapalah aku yang nak menentukan halatuju kerjaya mereka. Tetapi bagi aku ianya satu kerugian buat rakyat Malaysia dan bangsa melayu, sampai bila kita nak mengharapkan pakar dari luar untuk membantu kita. Sudahlah bilangan jurutera melayu kurang yang ada pula nak menjadi guru, jangan nanti sejarah menyatakan bangsa melayu sinonim dengan pekerjaan guru.

Sebelum aku menjawat jawatan aku sekarang, aku pernah bertugas sebagai guru gantian. Pada tahun2 pertama aku sebagai jurutera, aku telah 2 kali memohon KPLI, kedua2nya aku tolak. Setiap kali aku ingin membuat keputusan aku sering terfikir "tanggung jawab" ini, bahawa ; Tanggung jawab aku sebagai jurutera tidak seberat tanggung jawab aku sebagai melayu. Walaupun aku bukanlah seorang jurutera yang bagus, tetapi aku mahu menjadi batu loncatan buat bakal jurutera akan datang untuk berkongsi pengalaman (InsyaAllah).

Tetapi; tanggung jawab aku sebagai melayu tidak seberat tanggung jawab aku sebagai muslim.

Ahad, 1 Julai 2007

Bahasa Malaysia


Cuba tengok gambar kat sebelah...ini aku amik semasa kursus kat bangalore, India.
Ini gambar kat market buku terpakai, agak2nya boleh tak buat bisnis macamni kat Malaysia.

Aku ada satu persoalan, semasa memula aku bekerja kat kilang aku sekarang, bos aku beri aku satu keje.

Melilau aku cari rujukan, maklumlah ilmu praktikal tak ada. Aku beli satu buku terbitan tempatan yang berbahasa ibunda. Makin pening aku melihat istilah "Penyulingan selanjar" dan" bebuli basahnya".

Ini membuatkan aku terfikir, kalaulah macamni macam mana orang melayu nak maju. Pergilah mana2 kilang kat malaysia ni, takde orang sebut istilah macam tu. Jadi bagi aku; biar mati anak jangan mati adat dalam hal ini.

Buku2 yang baik semuanya dalam bahasa ingris, mahal pulak tu, lagi satu kena order kat luar negara, paling busuk pun kena gi KL.

Bagi aku kalau ada buku terjemahan berkualiti dalam bahasa melayu, banyak faedahnya, sesiapapun boleh baca; wa'ima lepasan SPM. Jadi sumber tenaga kerja kita lebih berilmu......(kalau rajin membaca).

Tak kiralah rajin x rajin pun....kalau buku terjemahan power....ilmu senang nak tersebar.

Salam Pertama

Tujuan utama aku buat blog ini adalah untuk berkongsi dengan kawan2 diluar sana. Tajuk dia sembang jurutera, pasal kerjaya aku sebagai jurutera, tetapi blog ini adalah untuk semua yang nak berkongsi maklumat terutama yang berkenaan dengan bidang aku; (oil and gas/Petrochemical). Tak kira lah pasal apa-apa pun;teknologi, maklumat, gaji ke, pengurusan, keselamatan dan apa2 yang boleh dikongsi....janji kita ada tempat sembang.