Isnin, 9 Julai 2007

Selamat Pagi Cikgu

Hari ini aku dikejutkan dengan perletakan jawatan dua rakanku (jurutera) kerana ingin menyertai kerjaya perguruan. Agak mengejutkan setelah 4 tahun bersusah payah belajar 'keseimbangan jisim' dan 'termodinamik', ironinya, belum pun sempat rakyat Malaysia melihat hasilnya kita telah mempunyai 2 guru Matematik sekolah rendah yang baru.

Aku bukan menghina kerjaya murni ini dan siapalah aku yang nak menentukan halatuju kerjaya mereka. Tetapi bagi aku ianya satu kerugian buat rakyat Malaysia dan bangsa melayu, sampai bila kita nak mengharapkan pakar dari luar untuk membantu kita. Sudahlah bilangan jurutera melayu kurang yang ada pula nak menjadi guru, jangan nanti sejarah menyatakan bangsa melayu sinonim dengan pekerjaan guru.

Sebelum aku menjawat jawatan aku sekarang, aku pernah bertugas sebagai guru gantian. Pada tahun2 pertama aku sebagai jurutera, aku telah 2 kali memohon KPLI, kedua2nya aku tolak. Setiap kali aku ingin membuat keputusan aku sering terfikir "tanggung jawab" ini, bahawa ; Tanggung jawab aku sebagai jurutera tidak seberat tanggung jawab aku sebagai melayu. Walaupun aku bukanlah seorang jurutera yang bagus, tetapi aku mahu menjadi batu loncatan buat bakal jurutera akan datang untuk berkongsi pengalaman (InsyaAllah).

Tetapi; tanggung jawab aku sebagai melayu tidak seberat tanggung jawab aku sebagai muslim.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

samekom....
kitorang pi futsal lps terawih. bukan tiap2 hari. sekali skala je. lps gian. mcm la die tu pi terawih sgt. on call je manjang. tp xtau la terawih kat kilang. kata x lapar ot. ooopppsss... dh dekat nk raye kan. mesti nk pakai duit lebih skit. kite semua phm.

Tanpa Nama berkata...

Aku kenal die, baik budaknya, biase tak klaim OT tu....raya ala kadar je asal kilang bahagia.