Isnin, 19 Disember 2011

Mahasiswa dan politik

Bebaru ini aku menerima kunjungan seorang kawan lama. Secara kebetulan ditugaskan ke sebelah sini untuk beberapa hari. Merupakan rakan serumah sewaktu aku di Universiti dahulu dan menjadi rapat sewaktu peristiwa pemecatan DSAI. Bayangkan dalam rumah sewa kami yang dihuni 10 org pelajar hanya aku dan dia sahaja yang masih setia menyokong tindakkan DR M dalam isu besar pada waktu itu. Pada mulanya pendirian kami agak goyang, malahan aku menyeranah DR M apabila menerima berita pemecatan DSAI sedangkan tajuk akhbar sehari sebelumnya adalah "DSAI tidak akan dipecat melainkan beliau bersara atas sebab kesihatan". Setelah berfikir dengan akal yang sihat dan mendengar nasihat Dr Azahari "Kalau Penghulu kampung sendiripun kamu tak kenal, jangan mengambil pendirian yang extreme bagi kes pemecatan DSAI ini" akhirnya kami dengan begitu yakin keputusan DR M adalah sesuatu yang baik.

Berbalik pada kawan aku tadi, dari penampilan terkininya nyatalah dia kini merupakan seorang Jurutera yang berjaya. Percakapannya penuh dengan wawasan dan agak komited akan tugasan yang diberikan, sehinggalah kami berbual tentang perlibatan mahasiswa dalam arena politik.
Dibawah aku catatkan apa yang diperkatakan olehnya:

"Aku tidak faham kenapa mahasiswa beria2 mahu diberikan kebebasan berpolitik. Apa yang mahu mereka buktikan?"

"Pada usia yang mentah itu mereka hanya akan menjadi balaci veteran2 politik sahaja"

Aku membantah kerana bagi aku mahasiswa sudah matang.

" Matang?... kau pernah tengok tak budak baru grad kerja...boleh tak kamu kata dia matang?"

Aku terdiam dan membenarkan kata2nya itu, memang jika dinilai dari keadaan bebudak baru Grad yang masuk bekerja kat loji aku rasanya mereka tidak layak menggalas tanggungjawab menjadi jagoan politik. Kami dulu berpolitik juga, tetapi tidaklah sampai pergi membuang masa berdemo dan menyertai penghimpunan haram yang tidak memberikan faedahpun kepada kami.

"Kalu kau perhatikan, yang hebat sangat berpolitik adalah bebudak yang amik Kos senang macam Bahasa, Perguruan dan Massa, yang amik kos yang susah2 x ramai kalu adapun x lah extreme sangat"

"Dah grad nanti menganggur (pasal masa belajar hari itu amik kos senang dan x banyak peluang pekerjaan) bila dah menganggur mulalah salahkan kerajaan" tambahnya lagi.

Sekali lagi aku terpaksa bersetuju dengan pendapatnya. Sewaktu aku di Universiti pelajar2 jurusan yang dia sebutkan tadi pada kebiasaanya menjadi orang yang terlalu extreme berpolitik. Mereka yang mengambil jurusan yang berat2 biasanya sekadar menjadi penyokong dan tidak meluangkan banyak masa untuk berpolitik.

"Aku yakin pelajar2 cina x delah kemaruk nak berpolitik macam ni, pasal diorang tahu betapa susahnya mak bapak diorang cari duit untuk membolehkan mereka belajar. Bila dah habis belajar dapat jawatan yang bagus2 cari duit banyak2"
"Lepas tu kita bising kerajaan gagal bahagikan kek ekonomi dengan baik"

Perbualan kami terhenti apabila seorang Pakcik yang berkopiah menjeling manja. Sebelum dia naik syeikh dan masuk berbincang kami merasakan perbualan kami elok ditamatkan.

Aku teringat satu peristiwa dimana satu perjumpaan antara Mahasiswa dengan DR M tidak beberapa lama dari peristiwa pemecatan DSAI. Seorang mahasiswa bangkit dan memberikan cadangan supaya perjumpaan antara DR M dan mahasiswa dibuat setiap minggu. Jawapan DR M:
"Saya sanggup luangkan masa untuk tukang sapu sampah dan tukang kebun setiap minggu pasai mereka menyumbang untuk ekonomi negara. Mahasiswa buat apa?"






Selasa, 13 Disember 2011

Menghargai atau menghukum

Cuba perhatikan 2 petikan dibawah:
  1. ...Pihak pengurusan dengan ini bersetuju memberikan saguhati sebanyak 22 hari gaji. Bagi pekerja yang mempunyai rekod kesalahan disiplin saguhati yang akan diberikan adalah sebanyak 20 hari gaji.
  2. ...Pihak pengurusan dengan ini bersetuju memberikan saguhati sebanyak 20 hari gaji. Bagi pekerja yang mempunyai rekod disiplin yang baik saguhati yang akan diberikan adalah sebanyak 22 hari gaji.

Keduanya adalah sama maksud tetapi penerimaan yang akan diperolehi oleh semua adalah berbeza. Petikan pertama lebih bersikap menghukum dan menyalahkan manakala yang kedua bersifat menghargai, tidak menghukum tetapi memotivasikan mereka yang tidak berdisiplin.



Selasa, 6 Disember 2011

Melayu

Assalamualaikum,

Aku baru saja letak link (Bawah tajuk melayu kat sebelah) dua blog yang menceritakan susur galur bangsa melayu. Walaupun kesahihannya boleh dipertikaikan tetapi x salah membacanya.