Selasa, 14 Februari 2012

Kenapa Mona Lisa tersenyum?

Toyol?

Teringat masa zaman-zaman belajar dulu (UPM 1997 - 2002)

Ahad, 12 Februari 2012

Buangan Terjadual (bhg 2)

Laaaaaaaaaaaaaamanya nak sambung tajuk ni. Pasal skang ni kerja-kerja download dah susah skit kerna kerajaan Amerika dah mula bertindak. Aku baru je sambung Filesonic untuk sebulan...dah jadi baik ah Filesonic ni. Kejadian yang sama macam aku sambung Hotfile tahun lepas la...nasib2. Jadi skang ni mengadap komputer macam dah x tahu nak tengok apa. Jadi ada baiknya aku berkongsi ilmu dengan korang smua. Pikiaq punya pikiaq apa la yang nak dikongsikan...kepala aku dah jeng dah x de lagi bende2 yang kelihatan macam kejuruteraan untuk dikongsikan. Tadi aku tengok balik post aku yang lama2. Sambil tersenyum melihat kehebatan tulisan aku dan terjumpa satu post yang tak siap. Ini bukan cara kerja aku, aku x suka meninggalkan sesuatu tanpa kesudahan...bagi aku kalu dah mula baik habiskan, mandi wajib tetap kena buat biar x sudah pon. kan rugi.

Ok kita sambung saja pada tajuk yang dijanjikan iaitu Sisa Terjadual.

Kalau kita dok peratilah, pengurusan alam sekitar ni masih lemah antara sebab2 (Yang terdapat dalam buku) adalah:
  1. Jahil tentang undang2
  2. Kecuaian
  3. Nak Jimat Kos
  4. Tempat rawatan yang tidak diurus/dibangunkan dengan baik
  5. Takde ilmu dalam pengurusan
  6. Sikap
  7. Denda yang rendah.
Sebenarnya undang-undang pasal sisa terjadual ni dibuat untuk keselamatan dan masa depan kita semua. Malangnya kebanyakkan dari kita menganggap ianya hanya salah satu dari peraturan yang sekadar untuk kebersihan sahaja.
Antara tanggungjawab penghasil SW adalah:
  1. Untuk memberi tahu Ketua Pengarah JAS dalam masa 30 hari dari tarikh pengeluaran buangan terjadual tentang kategori dan kuantiti baru buangan terjadual yang dikeluarkan.
  2. SW hendaklah dilupuskan di premis yang ditetapkan sahaja
  3. SW hendaklah setakat yang termampu dijadikan tidak berbahaya yang boleh sebelum dilupuskan (rawat).
  4. Memastikan SW distor dengan baik; Dlam bekas yang bersesuaian, tahan lasak dan boleh mencegah tumpahan atau kebocoran kepersekitaran.
  5. Buangan Terjadual tidak serasi (umpama lelaki dan wanita bukan muhrim) hendaklah distor berasingan.
  6. Memastikan setiap SW DIBUNGKUS, DILABEL dan DIANGKUT MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN OLEH KETUA PENGARAH JAS.
  7. Bekas2 yang mengandungi SW hendaklah SENTIASA DITUTUP KECUALI APABILA PERLU MENAMBAH ATAU MENGELUARKANNYA.
  8. Kawasan penyimpanan hendaklah direka bentuk, dibina dan diselenggarakan dengan secukupnya mengikut garis panduan yang ditetapkan Ketua Pengarah.
  9. Mana2 orang hanya boleh menyimpan SW selama 180 hari atau tidak melebihi 20 metrik tan (yang mana dahulu) - tetapi Ketua Penrgarah boleh mengarah pelupusan dilakukan bila2 masa jika dia fikirkan perlu. Dan kalau nak simpa lebih dari 20 tan, hendaklah menghantar surat kepada Ketua Pengarah dan dia berhak memberikan kebenaran bertulis dengan syarat atau tidak.
  10. Setiap SW hendaklah dilabel dengan jelas: Tarikh buangan pertama kali dibuat, nama dan alamat pengeluar, no telefon pengeluar, mematuhi jadual ketiga. Dan TIADA SESIAPAPUN DIBENARKAN UNTUK MENGUBAH TANDA DAN LABEL TERSEBUT.
JAS telah mengeluarkan garis panduan dalam penyimpanan SW ini pada 1993. Garis panduan ini meliputi:
  1. Kaedah pengasingan dan pemilihan
  2. Penyimpanan
  3. Pembungkusan
  4. Melabel
Mak aih...mengantuk la pulak akan bersambung ke bahagian ke-3
Terima kasih buat Dr Sivakumar.