Khamis, 11 Oktober 2007

Selamat Hari Raya


Aku bagai x percaya yang aku mampu mengharungi Ramadhan tahun ini tanpa ponteng seharipun, aktiviti precommissioningnya begitu mencabar keimanan aku. Aku masih ingat, sewaktu ditugaskan untuk memastikan sistem Flare berada dalam keadaan bersedia sebelum kedatangan specialist dari Italy (SAMIA), dimana aku terpaksa memanjat sehingga ketinggian 52 meter disiang hari untuk memastikan paip NG dan udara bersambung dengan sempurna dan betul. Kemudian melakukan Pneumatic test bagi setiap Flange pada keesokan harinya (Terima kasih untuk team en. Kamal), bayangkan bagaimana penatnya memanjat Monkey Ladder sehingga ketinggian 52 meter dibulan puasa.

Aku juga telah diamanahkan untuk melakukan Pneumatic Test bagi satu sistem tangki yang berkapasiti 500 m3, yang kebanyakan Flange nya tidak diikat dengan sempurna oleh kontraktor (terima kasih buat en. Suhaimi dan Subry). Setiap kali jam 12.00 tgh, aku melihat air sabun yang kami gunakan untuk Pneumatic test ini begitu menyelerakan. Alhamdulillah, aku masih mampu bertahan sehingga waktu berbuka puasa setiap hari.

Anda mungkin tertawa kerana melihat senario remeh yang aku ceritakan dan bagaimana ia hampir merosakkan puasa aku. Disini ingin aku nyatakan yang aku pernah lihat sebilangan umat islam yang mengadaikan puasanya untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan, kemudian hasilnya masih tidak memuaskan dan memberikan alasan sedang berpuasa. Ada juga segolongan yang tidur sepanjang hari atau menjadi seperti ibu ayam mengeram telur.

Aku rasa tahun ini hari raya bagi aku begitu bermakna, kerana aku berhak merayakan kejayaan aku mempertahankan puasa dan integriti aku sebagai umat islam. SELAMAT HARI RAYA.....






1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Mana video dr youtube nye?
Hehe..
Sbnarny aku pun dlm proses nk siapkan blog aku..
Nantikan kemunculanny.. 10 hari dr skrang..
Aku guna fotopages..pic die comel skit..