Selasa, 28 Oktober 2008

Pemindahan haba

Rajah 1

Rajah 2


Ada satu persamaan mudah yang amat berguna untuk pemahaman tentang asas penukaran haba:

Q = MCp∆T

M= Kadar aliran jisim (g/hr)

Cp= Nilai yang diperlukan untuk menaikan suhu satu unit jisim kepada satu degree (J g-1 K-1)

∆T= Perbezaan suhu

Jadi secara mudahnya:

Q = Tenaga yang dihasilkan oleh perubahan suhu sejumlah aliran jisim

QH = MHCpH(THMasukTHKeluar)

QC = MCCpC(TCMasukTCKeluar)

H – Hot (panas)

C – Cold (sejuk)

Secara teori tenaga yang dibekalkan oleh bahagian panas tidak akan sama dengan yang diambil oleh yang sejuk. Tetapi pada keadaan sebenar ianya dikira sama kerana faktor Insulation yang dipasang.

QH = QC

Cp korang boleh cari dalam buku kerana ia telah tetap bagi setiap unsur (orang dah kaji). Bagi satu persamaan biasanya Q satu bahagian telah ditetapkan dan darinya M dan ∆T yang satu lagi dicari:

Contoh:

Katakan bahagian sejuk (air) korang kadar alirannya adalah 200 g/hr dan perbezaan suhu adalah 10 Kelvin.

Cp untuk air 4.2 J g-1 K-1 dan korang akan dapat, 8400 Joule.

Kemudian bahagian panas pulak korang ada 100 g/hr (air) dan korang boleh cari perubahan suhunya: 20 Kelvin (Dapat X) jadi kalau suhu masuk adalah 350 K suhu keluarnya adalah 330 K @ 57 0C.

Antara contoh kat loji adalah:(Rujuk rajah2) Satu Menara Penyejukan ( Cooling Tower), mempunyai dua kipas. Satu kelompang penukar haba (Heat Exchanger) mendapat QC dari Cooling Tower dengan M dibekalkan oleh dua pump.

Kes 1

Menara penyejukan satu kipasnya dipadamkan.

Oleh kerana kipas adalah alat penyejuk suhu air, suhu air akan meningkat dan ini akan merubah nilai QC pada stream 1. Oleh kerana M dan Cp stream 2 tidak berubah jadi ∆T nya akan berubah (Tmasuk –Tkeluar) T masuk semestinya tidak berubah kerana tiada penukaran haba tetapi T keluar akan berubah.

Kes 2

Satu Pump di matikan.

Ianya sama seperti kes diatas, M pada Qc berubah menjadi sedikit dan memberikan kemampuannya menyerap haba pada stream dua berkurang.

Jadi dekati lah persamaan mudah ini untuk korang menjadi lebih realistik dalam menangani masalah loji seharian, OK. Dulu aku pernah melakukan kesilapan, semasa proses Shut Down apabila satu unit loji telah dipadamkan. Aku mengambil keputusan mematikan satu pump pada Cooling Tower dengan alasan penjimatan tenaga. Hasilnya Header cooling tower aku telah pressurize, mujurlah ada juruteknik senior (En. Zafreena) yang membantu membuka vent pada paip header tersebut.

Contoh lain:(Rujuk rajah 1) Perkara ini kerap berlaku pada Distillation column, antara kata kunci bagi masalah ini adalah suhu T2 yang terlalu tinggi atau M2 terlalu sedikit kerana level rendah ataupun Steam trap rosak menyebabkan M1 menjadi rendah....Lu pikir la sendiri!


Jumaat, 3 Oktober 2008

Blower Surging

Dalam loji ada satu alatan yang melakukan tugasan Blowjob (kerja menghembus) dan ia dikenali sebagai Blower. Alat ini adalah antara alat pengangkutan bendalir (gas) seangkatan dengan Kipas dan compressor. Beza kipas dan blower pada kapasiti udara yang mampu di hembusnya manakala Compressor pulak membekalkan udara bertekanan tinggi.
Kat loji aku Blower ni digunakan untuk mengangkut udara ke reaktor bagi proses pengoksidaan bahan kimia utama. Seperti yang korang sedia maklum loji aku mengalami krisis tenaga kerja kerana proses Osmosis diantara loji kimia kat Malaysia dan kat negara Arab, jadi bahagian Utiliti juga tak terkecuali. Suatu hari semasa Start-up Tarmizi (bukan nama sebenar) dapati Aliran Inlet ke Blower menurun dan tekanan Discharge telah naik, keadaan ini telah menyukarkan Tarmizi untuk meningkatkan aliran udara kereaktor seperti yang diharapkan. Apabila Tarmizi mengarahkan Operator utiliti untuk memeriksa keadaan Blower, operator tersebut menyatakan terdapat bunyi bising yang melebihi keadaan biasa pada unit blower. Oleh kerana operator utiliti ini dan Tarmizi kurang berpengalaman mereka tidak dapat menilai dengan cepat keadaan yang berlaku; Blower telah surging.

Kalau korang nak tahu apa yang akan berlaku pada Blower jika keadaan ini dibiarkan berlaku;

Cuba korang buat Blowjob dengan mulut korang (kerja menghembus) dan kemudian suruh kawan korang menutup mulut korang secara mengejut. Apa yang berlaku pada otot pipi korang dan anak tekak korang agak sama seperti yang berlaku pada blower. Yang berbeza blower mempunyai mekanisma mekanikal yang kurang fleksibel berbanding mulut korang.

Biasanya setiap blower telah mempunyai mekanisma khusus bagi mengatasi masalah ini, spt paip venting pada bahagian discharge.
Jika pump harus dielakkan dari cavitate maka blower harus dielakkan dari surging.

Isnin, 29 September 2008

Selamat Hari Raya

Tahun ni aku sepatutnya beraya kat tempat kerja, kebetulan hari raya pertama dan kedua kena pada syif siang aku. Lagi seminggu nak raya pihak pengurusan mengambil keputusan nak shut down loji selama 14 hari. Bukan pasal nak sambut raya tapi pasal gudang dah penuh kerana pemintaan pelanggan yang berkurangan. Jadi dapatlah aku bercuti untuk berhari raya.

Aku mendapat banyak komen yang positif dan negatif dari rakan2 berkenaan dengan blog aku ni, yang paling hebat...blog sembang picisan jurutera.

Pada permulaan nak buat blog ni ada timbul perasaan malu dan rendah diri jugak, ye lah ilmu tak seberapa nampak macam berlagak pulak. Ada jugak member2 yang menempelak aku pasal buat blog yang tak power ni.
Sebenarnya blog aku ni bukan aku nak tujukan pada lulusan luar negara yang kini bertugas sebagai perunding kejuruteraan bagi syarikat besar serata dunia. Aku tujukan pada mereka yang baru nak bertapak dalam bidang pemprosesan kimia dan masih tercari -cari frekuensi yang betul untuk memulakan tugas. Dengan mengambil pengalaman aku sewaktu memula bertapak dalam bidang ini...lost.
kebanyakan perkara aku dapati dengan belajar dari kesilapan, melalui orang lama dan pembacaan yang aku rasa mereka orang baru sepatutnya tahu akan aku masukan kedalam blog aku ini..InsyaAllah!
Prinsip aku amat mudah iaitu, hasil kesilapan seorang jurutera yang x seberapa power macam aku melahirkan keterbukaan minda seorang jurutera atau tenaga kerja muda.
Bagi aku blog yang x power ni jika mampu membawa seorang jurutera atau tenaga kerja loji pemprosesan untuk mencari sumber rujukan semata2 nak buktikan yang tulisan aku adalah picisan, ianya sudah cukup bermakna buat aku.
Selamat hari raya...maaf zahir batin.

Sabtu, 20 September 2008

Terpesong


"Misdirection is the greatest weapon of our professional magicians. If they fool you, it is not because the hand is quicker than the eyes, but because they make you think along the wrong lines"
- Harry Lorayne; Secret of mind power-

Kali ini aku nak berkongsi dua cerita perihal terpesong dalam mencari punca permasalahan (Trouble Shooting).


I

Korang sila rujuk rajah 1 kat atas:
Azmi (bukan nama sebenar) seorang jurutera pengeluaran muda disebuah loji pemprosesan kimia. Suatu hari dipenghujung syifnya alarm High bagi sebuah tangki telah teraktif pada DCS. Pada minggu sebelumnya tangki yang sama telah mengakibatkan loji terpaksa diberhentikan selam 12 jam kerana discharge bagi pump telah tersumbat dengan teruk.
Sebagai seorang jurutera yang bertanggungjawab, Azmi telah mengarahkan seorang juruteknik baru (kurang dari 6 bulan) melakukan aktiviti Flushing pada bahagian discharge pump tersebut. Apabila aktiviti Flusing dijalankan kesemua petanda yang bahagian tersebut tidak tersumbat amat jelas. Ianya amat memeningkan kepala Azmi, kemudian alarm HH pula teraktif dia menjadi semakin panik, terbayang kini laporan yang bakal disampaikan kepada PM kenapa ia tidak bertindak lebih awal (sewaktu aras tangki 50%). Kemudian datanglah juruteknik lebih senior dan masalah selesai dengan serta merta.

Penyelesaiannya: Pump dihidupkan

Permasalahan sebelumnya yang mengakibatkan loji diberhentikan selama 12 jam telah memesongkan perhatian Azmi kepada sumber utama pengangkutan bendalir ini.

II
Rujuk rajah 2:

Satu Cecair yang bersuhu 120 C dari Distillation Column telah melalui satu Cooler bagi menurun suhunya kepada 98 C. Kemudian cecair tadi telah memasuki satu tangki simpanan semantara. Bagi memastikan cecair tadi berada pada suhu 100 - 98 C, tangki simpanan ini telah dibekalkan stim 4 bar sebagai sumber pemanasannya.
Suatu hari suhu didalam tangki telah turun secara berterusan. Apabila sistem stim diperiksa dengan membuka Upstream drain bagi perangkap stim, didapati tiada condensate yang memasuki sistem. Kemudian bendalir penyejukan bagi Cooler telah dikecilkan (throttle) bagi menaikan suhu inlet ke tangki tetapi tidak berjaya mengekalkan suhu cecair kepada suhu yang dikehendaki.
Terdapat pandangan yang agak ektrim untuk menaikan tekanan stim kepada 4.5 bar atau suhu outlet dari distillation Column dinaikan dengan menaikan tekanan column.

Penyelesaiannya: Sewaktu juruteknik Elektrik melakukan pemeriksaan rutin dia mendapati Amp bagi agitator sistem ini terlalu rendah; Agitator tidak berfungsi kerana kerosakan Gearbox yang akhirnya menyebabkan ia terasing (decouple) dari motor.

Kerana fikiran telah terpesong dengan kata kunci SUHU, semua jalan penyelesaian yang difikirkan adalah melibatkan sumber suhu. Tiada siapa yang menyiasat samada shaft agitator berpusing atau tidak setelah mendengar bunyi deruman motor.

Khamis, 4 September 2008

Puasa hari ke-3

Hari ini macam biasa aku pergi kerja tetapi dengan sedikit harapan; kerja ringan dibulan puasa. Berdasarkan keadaan loji semalam, peluang untuk melakukan sekadar kerja-kerja ringan agak cerah (rutin). Apakan daya, kita merancang dan tuhan merancang tetapi perancangan tuhan lebih sempurna. Hancur remuk hati aku melihat grafik Steam Turbine kat DCS loji aku berwarna merah menandakan keseluruhan unit oksidasi berada dalam keadaan shutdown.
Puncanya, satu kelompang penukar haba (heat exchanger) dari jenis tiub dan sirip (tube and fin) telah pecah dan menyebabkan air memasuki stream utama proses dan menukar produk kepada bentuk yang tidak diingini.
12 jam syif aku seperti tidak akan berakhir, aku sudah mula mencongak untuk ponteng terawih malam nanti. Banyak kerja2 yang memerlukan kerahan tenaga (walaupun aku sekadar memberi arahan) dan masa perlu dilaksanakan. Kekadang kerja2 yang kita tahu amat berat nak dilakukan pada bulan yang mulia ini tapi kita terpaksa bagi arahan demi kepentingan Loji (Pemilik loji?) dan kita dapat lihat didalam mata anak buah akan keterpaksaan itu dan dengan ikhlas mereka lakukan meskipun hampir2 menggadai puasa mereka (terima kasih buat Zula, Mohamad, Jefri dan Zulfikri).

Jadi kesimpulannya...
  1. Jangan harap kerja2 ringan bulan puasa adik oi...
  2. Puasa yang baik adalah puasa yang paling banyak dugaannya.
  3. Mesin x puasa kalu nak meragam dia meragam je.
dan akhir sekali
Dah nama dia kerja...!
W = F x D
Unit dia Joules (Tenaga)
Ok lah...Selamat menyambut bulan puasa....!

Ahad, 10 Ogos 2008

Fail to closed dan Air to Open



Dua hari lepas loji tempat aku kerja mengalami gangguan sistem instrumentasi yang mengakibatkan loji teraktif sistem interlock sekaligus terhenti dengan sendirinya. Kemudian terdapat beberapa perkara berlaku apabila usaha pemulihan berlaku tangki menjadi penuh, sistem BFW terganggu dan beberapa injap berada dalam keadaan yang bukannya sepatutnya semasa operasi.
Sebenarnya sebelum Loji-Loji moden wujud seperti hari ini, pelbagai kemalangan dan kerosakan telah dialami. Belajar dari pengalaman, beberapa perkara diambil kira untuk memastikan keselamatan dan kelangsungan operasi. Antara perkara yang sering dititik beratkan sebelum sesuatu proses atau alatan dioperasikan adalah kajian keselamatan seperti HAZOP.

Bagi sesebuah Control Valve, Actuator (rujuk buku aku m/s42) adalah mekanisma penggerak sesebuah injap yang menggunakan udara (Instrument Air) untuk menolak Spring didalamnya bagi membolehkan injap terbuka atau tertutup.
Oleh kerana fungsi injap adalah mengawal kadar aliran, arah aliran dan tekanan, adalah amat perlu bagi sesuatu injap kawalan mempunyai mekanisma yang tersendiri yang mampu menangani keadaan kegagalan sumber Instrument Air (Compressor). Bagi kuasa mampatan udara untuk membuka injap ianya dikenali sebakai Air to Open atau kegagalan udara akan menjadikan injap tertutup iaitu Air fail to Close. Jika Udara digunakan untuk menutup injap ianya dikenali sebagai Air to Close dan kegagalan udara pula menjadikan Air Fail to Open.
Sebagai contoh, lihat gambar yang aku lukis diatas:
Katakan tangki diatas pada suatu masa mesti mempunyai aras bendalir melebihi 50% sebagai bekalan untuk Suction Head pam. Apabila berlaku kegagalan Kompresor, injap Inlet akan bertukar kepada kawalan manual dan terbuka 100% manakala injap Outlet akan menjadi Manual dan tertutup sepenuhnya. Ini bagi memastikan aras cecair berada dalam keadaan selamat iaitu melebihi 50% bagi menjamin keselamatan pam.
Dalam P&ID biasanya FC atau FO akan dicatatkan dibawah sesebuah injap kawalan untuk memudahkan proses Trouble shooting.

Ralat 2

Perhatian kepada pembeli buku aku, bagi edisi cetakan ke-3 terdapat kesalahan muka surat iaitu:
46-47 yang disusun 47-46. Harap maklum.