Isnin, 25 Februari 2008

Steam Ejector



Dalam loji pemprosesan kimia, Suhu dan tekanan akan dimanipulasi sebaik mungkin untuk mendapatkan produk akhir yang berkualiti dan pada masa yang sama menjimatkan masa, tenaga dan kos pengeluaran.
Pengoperasian secara Vacuum adalah antara contoh terbaik yang boleh kita lihat dalam kontek memanipulasi suhu dan tekanan. Apabila tekanan diturunkan secara automatik suhu sesuatu bahan juga akan berkurangan dan ini akan menjimatkan kos utiliti ( steam dan cooling water) dan operasi (biasanya) pengasingan bahan (khususnya cecair) akan berlaku dengan lebih cepat dan pada suhu yang lebih rendah.
Antara kelebihan pengoperasian secara Vacuum:
  1. Meningkatkan kadar tindak balas.
  2. Amat sesuai bagi proses yang melibatkan bahan yang sensitif pada suhu yang tinggi.
  3. Pemindahan haba lebih bagus.
  4. Produk akhir yang lebih tulen.
Antara cara yang popular dalam menyediakan persekitaran Vacuum didalam proses ialah penggunaan Vacuum Pump dan Steam Ejector. Kebanyakan loji yang mempunyai bekalan steam yang mencukupi akan memilih Ejector sebagai pilihan utama ini kerana:
  1. Ianya lebih mudah dioperasikan.
  2. Penyelenggaraan yang mudah.
  3. Lebih berkesan.
Ejector tidak mempunyai bahagian dalaman yang komplek seperti Vacuum Pump dan biasanya tidak memerlukan penyelenggaraan yang berterusan. Oleh kerana sifatnya yang sebegitu, apabila berlaku permasalah yang melibatkan Ejector ianya mengambil masa yang lama untuk dipulihkan kerana rekod penyelenggaraan yang bersih sebelum ini.

Mengikut saranan Mr. Norman Diegnan (Keep Ejector Online; Chemical Engineering Magazine 1992) antara beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa proses Trouble Shooting bagi permasalahan Ejector sebelum keperingkat seterusnya iaitu memeriksa bahagian dalaman sistem, antaranya ialah:
  1. Gauge (Tolok) yang digunakan mestilah berada dalam keadaan baik.
  2. Steam dan Air (cooling) yang digunakan mestilah mengikut apa yang disarankan oleh pengeluar.
  3. Beban proses yang dikendalikan oleh Ejector.
Ejector merupakan alatan yang statik dan sebarang permasalahan yang timbul biasanya disebabkan pengoperasian dibawah nilai yang disarankan oleh pengeluar.

Selasa, 19 Februari 2008

KISS



Akibat:
Feed kereaktor terpaksa dikurangkan kerana discharge pipe produk dari Pump 1 telah tersumbat dengan teruk. Masalah ini menyebabkan simpanan produk berkurangan sedangkan permintaan dari pelanggan sedang meningkat. Masalah ini juga telah menyebabkan 3 syift terpaksa bekerja keras untuk memastikan produk boleh dihantar kembali ke tangki simpanan.

Simptom:
1) 2 hari sebelum kejadian, bacaan PI pada keseluruhan sistem menunjukkan kenaikan yang mendadak dan inlet Scrubber berkemungkinan telah tersumbat.
2) Sehari sebelum kejadian, juruteknik melaporkan keadaan fizikal produk yang berbeza berbanding dengan keadaan normal. Laporan dari makmal QA menunjukkan peningkatan ketara peratusan air didalam produk.
3) Pada hari kejadian, pipe tersumbat dengan teruk dan terus tersumbat biarpun telah dipastikan telah dicuci dengan bersungguh2 apabila pump dihidupkan beberapa minit.
4) LI Scrubber menunjukkan kenaikan meskipun Proses water telah ditutup.

Langkah penyelesaian yang diambil:
1) Suhu Warm water dinaikan supaya pembekuan produk dapat dilambatkan.
2) Terdapat kebocoran pada Gas cooler atau Condenser dan akan ditangani semasa Shut down yang akan datang.

Masalah sebenar:
Hot water yang dibuka pada inlet Scrubber untuk melawaskan aliran gas yang disyaki menyebabkan kenaikan tekanan sistem lupa ditutup dan telah melimpah ke Cyclone.

Komen:
Dalam realiti kilang pemprosesan, masalah sebegini sering berlaku dan kegagalan mencari sumber permasalahan sebenar menyebabkan kelewatan penerimaan produk akhir. Rentetan peristiwa yang kelihatan tidak berkaitan sering diabaikan dalam mencari penyelesaian, seringkali perkara2 yang kritikal dipertanggungjawabkan seperti kebocoran tiub pada condenser.

Perkara diatas dapat diatasi dengan mudah sekiranya beberapa perkara diambil kira:
1) Semasa pertukaran syift laporan aktiviti disampaikan dengan lengkap tanpa menganggap mudah beberapa perkara.
2) Syift yang baru bertugas melakukan pemeriksaan rutin bagi kawasan masing2 dan kawasan yang terdapat aktiviti fizikal semasa syift sebelumnya.
3) Buku log dirujuk semasa Trouble Shooting dilakukan.
4) Cuba petua Keep It Simple Stupid (KISS), biarpun adakalanya saranan atau pemikiran kita agak terkebelakang dan tidak kelihatan bijak.

Ahad, 27 Januari 2008

Team work

Semasa sesi temuduga kita sering mendengar soalan, " bagaimana cara kamu menguruskan orang bawahan kamu?" dan kita mampu memberi pelbagai jawapan secara teorinya, ianya nampak remeh namun dari segi realiti ianya amat sukar. Cuba bayangkan kamu sebagai Fresh Graduate yang bekerja sebagai Supevisor bagi loji pemprosesan kimia. Kamu ditugaskan menjaga produksi satu syif, dibawah seliaan kamu ada 5 orang pekerja antaranya anak guru silat yang penuh ilmu didada (panas baran?) seorang yang berusia sama dengan ayah kamu dan seorang yang berpengalaman lebih 10 tahun dan tidak menyukai kamu. Agak2nya licin tak perjalanan syif kamu? sewaktu malam hujan lebat, Production Manager mengarahkan kamu untuk capai produksi 100 tan untuk dihantar kepada pelanggan paling beharga kompeni. Kemudian paip bersaiz 4" telah tersumbat sejauh 5 meter dan ianya agak mustahil untuk dilakukan syif malam. Mampukah anda meyakinkan mereka yang ianya satu keperluan?. Senario diatas bukan satu kisah dongengan, tanyalah mereka yang bekerja dibidang pengeluaran diloji kimia.

Bagi aku bekerja Team Work ni macam pegi semayang berjemaah, pertama niat makmum (pengikut) dan imam (Ketua) kena betul untuk berjemaah dan matlamatnya satu. Imam pulak bukannya maksum (tak melakukan kesilapan) boleh ditegur dan jika tidak berkemampuan ia boleh berundur dan menyerahkan syafnya (tempatnya) pada yang layak untuk waktu itu. Makmum pulak dah berniat nak berjemaah kenalah ikut imam tu dengan sepenuh jiwa tak salah semasa semayang kita menegur kesilapan imam dengan berhemah dan mengikut saluran yang betul. Selagi belum habis semayang, jemaah kena mengikuti peraturan yang ditetapkan (semestinya berilmu kalau tahu x pandai cuba belajar) dan x boleh nak terpesong atau suka2 nak menukar peraturan.

Jadi pada pendapat aku team work ni kena melibatkan niat yang sama antara ketua dan pengikut baru senang nak buat kerja. Walau sebesar mana masalah selagi semua dengan niat yang satu atau matlamat yang satu ianya bukannya halangan.


Selasa, 8 Januari 2008

tips

Bagi anda yang baru ingin menceburi bidang petrochemical ni, ada satu tip yang amat berguna buat korang. Sila kenali bahan kimia kat tempat keje dengan sepenuh hati, mulakan dengan melihat MSDS (Material safety data sheet) dan perhatikan sifat kimia dan fizikal kimia yang bakal anda tangani.

Biasanya suhu dan tekanan akan dimanipulasi untuk mendapat produk dalam keadaan yang kita mahukan. sebagai contoh butane yang berbentuk gas pada suhu 35 C dan 1 bar, tetapi berbentuk cecair pada suhu 35 C dan tekanan 15 bar ataupun Maleic Anhydride yang berbentuk pepejal pada suhu 35 C dan 1 bar, berada dalam keadaan cecair pada suhu 100 C dan 1 bar.

Benda ni nampak remeh, tetapi ia menentukan kejayaan sesuatu proses dan keselamatan diri kita. Jadi kalau kita tahu dalam paip adalah cecair Maleic Anhydride, tentulah Maleic Anhydride itu bersuhu tinggi. Jangan la pulak menonong je pergi bukak flange tanpa persediaan PPE yang sepatutnya.
Lagi satu, suhu didalam sistem membolehkan kita mengesan aliran didalam paip. Dengan menggunakan deria rasa kita boleh mengetahui samada aliran berterusan atau tersekat. Sebagai contoh bendalir bersuhu 100 C dihantar ke Tangki A semestinya paip akan memberikan kesan panas apabila disentuh, jika ada mana2 bahagian tersekat, akan terdapat bahagian yang sejuk sebelum memasuki tangki A.

Jumaat, 21 Disember 2007

Selamat Hari Raya Korban


Minggu ni minggu paling stress dalam kerjaya aku, aku dah tripkan loji aku sebanyak 3 kali . Untuk kali ketiganya peristiwa itu berlaku aku rasa macam nak menangis dan hampir2 termuntah, Production Manager loji sampai x terkata apa apa lagi. Stressnya sampaikan sebelah kepala aku macam terbakar dan sebelah mata berkedip2 sehinggakan 12 jam syif aku macam 12 minggu lamanya.

Sempena hari raya Aidiladha ni, aku merenung kembali kisah nabi Ismail dan Ayahnya nabi Ibrahim, selain dari kisah pengorbanan yang sering kita dengar, terdapat beberapa lagi pengajaran yang berguna. Antaranya ialah sifat redha dengan keketentuan tuhan dan percaya setiap takdir itu hadir bersama sifat pemurah dan penyayang sang pencipta yang maha mengetahui.

Jadi aku percaya apa yang berlaku pada aku minggu ini ada hikmahnya dan aku secara positif menganggapnya satu pembelajaran berguna buat aku. Kalau x terjadi perkara2 macam ni mungkin aku terus hanyut dengan kedudukan selesa sebagai sr. engineer kat sini, sekurang-kurangnya aku kini lebih peka dan bersedia.

Selamat hari Raya Aidiladha buat semua.

Isnin, 3 Disember 2007

Prof. Dr. Jafri M. Abdullah

Petang tadi buat pertama kalinya aku menonton Potret gemilang kat TV3, pasal Prof. Dr. Jafri M. Abdullah. Satu jam yang aku luangkan untuk rangcangan ini aku rasakan amat berbaloi dan bagi aku inilah idola sebenar bangsa melayu profesional, sikap rendah diri, ikhlas dan berdedikasi menaikkan maruah bangsa.

sebenarnya aku telah mengenali Prof. Dr. Jafri seawal 1995, sewaktu ayahku menerima rawatan ketumbuhan otak. Dr. Jafri juga merupakan sebab kenapa (Allahyarham) ayah sanggup melakukan pembedahan seterlah 5 tahun menderita; kerana doktor melayu katanya. Kejayaan pembedahan yang dilakukan keatas ayah menjadikan Dr. Jafri adalah selebriti didalam keluarga kami, setiap berita atau cerita tentangnya pasti menjadi tumpuan kami.

Sikapnya yang peramah dan sabar melayan kerenah pesakit neuro ini menggambarkan betapa dia ikhlas dan cinta akan kerjayanya. Aku rasa aku telah menjumpai mentor bagi kerjaya aku, walaupun berlainan bidang, resepi kejayaan adalah sama iaitu sikap (sick-up). Seperti katanya sabar dan tekun, kerana sedikit2 lama2 jadi bukit.

Terima kasih Doktor.

Jumaat, 23 November 2007

Analogi 2: Pam Empar


Aku perhatikan sekarang terdapat satu trend baru dimana kompeni yang telah stabil mengambil pekerja yang boleh dibayar murah(?). Seperti mengambil lulusan IT untuk jawatan juruteknik proses atau mengambil 2 lulusan Universiti (fresh) untuk menggantikan seorang tenaga mahir asing.
Dah namanya fresh atau x tahu, kengkadang Pam (pump) pun baru je kenal kat sini, apatah lagi nak membezakan yang mana Pam Empar (aku rasa x ada yang kenal kecuali aku letak Centrifugal Pump) atau +ve displacement.
Teringat pulak masa aku memula kerja, assignment pertama aku ialah mengecam paip2 dalam loji. Woh...agak sukar jugak bagi budak fresh dah la P&ID x berapa mahir, akhirnya adalah seorang abang juruteknik (En. Zawawi a.k.a Awie) kata kat aku, kat loji ni nak senang pertama sekali kena tahu mana suction dan mana discharge pam.
Kali ini aku nak berkongsi dengan adik2 yang baru masuk keloji pemprosesan kimia ni, korang kena tahu pam ni antara alatan utama kat loji dan yang paling banyak ialah dari jenis Pam Empar (Centrifugal Pump).

Anggaplah Pam ini seperti atlit lempar Tukul Besi, lengannya adalah impeller dan jarak yang boleh dicapai oleh Tukulnya adalah Head nya. Semakin besar lengan dan kuat cara atlit berputar maka semakin jauh Head nya dan semakin besar Tukul yang mampu dibawa. Apabila Tukul tadi terlanggar sesuatu ia akan menghasilkan tekanan kerana tenaga kinetik(gerakan) telah bertukar kebentuk tekanan, kerana itu Discharge pam terdapat satu Presure Gauge (Tolok Tekanan) yang mengukur aliran bendalir yang terkena dinding paip (Tekanan = Head x Ketumpatan bendalir x daya Graviti). Apabila Tukulnya berat dia akan menggunakan lebih tenaga (amp pam tinggi), apabila dia menggunakan sedikit tenaga maknanya beban Tukul sedikit (amp rendah). Jika sewaktu dia menghayung lengannya, ada orang menghalang lengannya dengan kasar, bahunya boleh patah begitu juga kesan Shut Off Pressure kepada pam.
Apabila dua atlit melempar Tukul Besi serentak (anggap tenaga sama), jarak lontaran tidak berubah cuma dua Tukul berada dihujung garisan (isipadu bertambah); begitu juga keadaan pam yang berada dalam keadaan bersebelahan (series). Berlainan dengan MultiStage; ianya seperti atlit pertama melontar Tukul kepada atlit kedua dan atlit kedua melontar Tukul lebih jauh dari garisan asal(head).