Rabu, 28 Julai 2010

Steam Turbine



Gambar Rotor
Gambarajah TG Loji kita

Setiap kali menulis nama, aku akan letak huruf TG pada awalan nama aku. Member2 mula memerli aku sebagai orang yang gilakan gelaran (Tengku). Sebenarnya mereka silap TG pada awalan nama aku mewakili perkataan The Great sekali gus melayakkan aku duduk sebaris dengan Alexander dan Cyrus sebagai dua penakluk agung yang menjadi calon bagi Iskandar Zulkarnain didalam Al-Quran.

Baiklah, kat loji tempat aku kerja ada alatan yang turut digelar TG singkatan bagi Turbo Generator. Suka aku nyatakan disini, loji tempat aku kerja ni adalah loji 2nd hand yang dibeli dari Jerman dan kebanyakkan alatan masih mengikut
design asal Jerman. Tidak hairanlah kat loji aku ni masih terdapat Pam Empar dari jenis Bunker, satu2nya Pam Empar yang memerlukan kita menutup Suctionnya dahulu sebelum memberhentikan Pam.

Berbalik pada TG tadi,
Gas Turbine akan dijana oleh Super Heated steam untuk menggerakkan Blower yang akan membekalkan udara ke Reaktor bagi proses pengoksidaan. Proses pengoksidaan yang bersifat Eksotermik kemudiannya dimenafaatkan untuk menjana stim dan dihantar kembali ke Turbine. TG yang bekerja dengan tekun tadi juga turut digunakan untuk menjana kuasa elektrik yang kemudiannya digunakan sebagai bekalan utiliti Loji. Sempurnakan?

TG merupakan jantung bagi Loji ini. sebagai rasa tanggungjawab kepada pekerja2 yang masih kurang memahami sistem ini, aku terangkan serba sedikit kepada korang dalam pos aku kali ini supaya senang korang nak goreng masa interview kat mana-mana nanti.

Gas Turbine kat Loji kita ni dari jenis
Axial-Flow yang bersifat Extraction dan Condensing (akan aku terangkan nanti). Stim yang dibekalkan kepada TG ini digelar Motive Steam, dan ianya mesti bersifat Super Heated (SH) (Atau dlm bahasa mudah dikenali sebagai stim kering). Penggunaan SH steam adalah untuk mengelakkan butiran2 air yang terdapat didalam steam (Saturated Steam atau Stim basah) dari merosakkan Rotor (Bilah) dan menjadikannya tidak seimbang kemudian mengakibatkan TG menjadi bergegar (Vibrate). Gegaran boleh membawa kerosakkan yang besar dan mahal kepada TG.
Motive Steam ini akan melalui satu nozzle yang akan menghasilkan perbezaan tekanan antara Motive Steam dan tekanan didalam sarang turbin (Turbine Case). Perbezaan tekanan ini (Delta P 1) akan menyebabkan bilah TG berputar dan menghasilkan bacaan aliran kedalam TG (FI). Jika korang perasan bebaru ini Loji terpaksa dihentikan selama 5 hari kerana aliran stim ke TG menurun akibat oleh Nozzle ini tersumbat. Stim yang keluar dari TG digelar Exhaust Steam dan tekanannya adalah bersesuaian dengan Suhu yang ditunjukkan (TI).

Cuba perhatikan
Exhaust Steam yang keluar dari bahagian 1st Stage. Terdapat dua arah aliran, satu melalui injap dan satu akan ke bahagian 2nd Stage. Untuk pengetahuan semua, aliran pertama yang melalui injap digelar Extraction. Bagi sesebuah Turbine, istilah Extraction adalah untuk menggambarkan bagai mana Exhaust Steam yang masih bertenaga boleh dimanipulasi dan digunakan untuk mempertingkatkan kerja TG (utk bahagian 1st stage). Injap yang ada digunakan untuk menghasilkan perbezaan tekanan baru (Delta P2).

Exhaust steam yang keluar dari bahagian 2nd stage pula akan melalui Surface condenser yang berada dalam keadaan vakum (utk menigkatkan perbezaan tekanan). Exhaust Steam akan terkondensasi dan kemudiannya akan dialirkan ke Boiler sebelum dipanaskan untuk menghasilkan kembali Motive steam ke 1st Stage TG tadi (Rankine Cycle). Keadaan Motive Steam yang dikondensasi ini digelar Condensing bagi TG.

Ada Jurutera baru yang bertanya "
Bagaimana TG boleh mengekalkan halajunya padahal tekanan Motive Steam adalah tetap?" Sengaja aku tidak menjawab persoalan tersebut sehinggakan mereka menyangkakan aku tidak tahu. Adik2 sekalian, sebenarnya aku menunggu peluang untuk memberikan jawapannya dalam Blog aku ini dengan harapan ada salah seorang dari kamu akan menekan iklan yang disediakan.
Jawapan bagi persoalan itu adalah begini; TG sebenarnya adalah Driven (pemandu) bagi alatan lain seperti Pam,
Compressor dan Blower atau penjana tenaga elektrik didalam sesebuah loji. ini menjadikan TG seharusnya mempunyai halaju yang stabil. Halaju bagi sesebuah TG akan dikawal oleh sistem Governor yang komplek (dengan kuasa Hydraulic).
Untuk pemahaman semua, Rotor TG digerakkan oleh halaju
Steam bukannya Tekanan Steam tersebut. Bagi mewujudkan aliran bagi tekanan satu bukaan disediakan (Yang dikawal oleh Governor dengan menggunakan injap). Suka untuk aku ulangi lagi, tekanan adalah bersifat memenuhi ruang dan tekanan didalam satu sistem sebenarnya terhasil dari halangan bagi aliran. Oleh itu, pada tekanan yang sama Governor masih boleh mengawal halaju TG selagi bukaan injapnya mampu menyediakan perbezaan tekanan antara Motive dan Exhaust steam.

Lagi satu, bagi alatan yang berputar seperti TG, Halaju minima merupakan parameter yang amat kritikal. Apabila TG berpusing dibawah halaju minimanya gegaran yang terhasil amat tinggi dan ini amat merbahaya bagi TG.


Tiada ulasan: