Selasa, 6 April 2010

Persepsi




Persepsi adalah tafsiran kita berkenaan sesuatu perkara (Dr Munir Shuib 2004). Ia merupakan tafsiran kepada apa yang ditangkap oleh deria kita kemudian diproses berdasarkan pengalaman dan mengikut paradigma (kerangka pemikiran) kita. Persepsi kita biasanya akan mudah tersilap jika maklumat yang diterima bersifat kabur atau tidak lengkap. Pada keadaan ini paradigma kita akan memainkan peranan penting (Rujuk gambar2 diatas bagi yang berotak kuning) untuk membuat kesimpulan. Antara sifat lain Persepsi:
  1. Sentiasa berubah-ubah
  2. Bersifat peribadi
  3. Bersifat berterusan
  4. Selektif
Mengikut Harry Lorayane melalui bukunya Secret of Mind Power, antara kesilapan kita untuk berfikir secara berkesan adalah kurangnya pengalaman berkenaan dengan sesuatu yang kita hadapi dan kegagalan untuk menyusun maklumat yang tersimpan didalam otak. Tujuan asalnya akan tercapai tetapi mengambil masa yang lama. Mengikut kajian Saintis (Scientific American Mind Nov/Dis 2009; What does a smart brain look like) menggunakan kaedah Positron-emission tomography (PET), mereka yang mempunyai minda yang cerdas menggunakan hanya sedikit tenaga pada bahagian otak untuk menyelesaikan sesuatu perkara berbanding mereka yang kurang cerdas mindanya. Ini membuktikan mereka yang cerdas hanya menggunakan sedikit usaha dalam mentafsir sesuatu perkara kerana maklumat yang tersusun.

Berikut adalah cerita yang aku petik dari buku Meningkatkan potensi minda (Dr. Azlena dan Dr Munir Shuib; PTS 2007) berkenaan persepsi:

En Maniam merupakan seorang Pengurus Ladang. Beliau juga merupakan pakar Motivasi. Bebaru ini hasil keluaran ladangnya merosot teruk. Selepas melakukan kaji selidik beliau dapati ianya berpunca dari tabiat meminum todi dikalangan pekerjanya. Untuk menyelesaikan masalah ini beliau bertindak memanggil mandurnya Siva dan mengarahnya mengumpulkan semua pekerja.
Petang itu selepas semua orang berkumpul En Maniam memulakan sesi motivasinya.
"Lihat saya punya tangan kanan ada apa?"
semuanya diam
"Mandur...apa ada dalam tangan saya?"
"Gelas juga tuan!" jawab Siva
"Mandur dalam saya punya tangan kanan ada apa?"
"Botol juga tuan!"
"Mandur apa saya buat?"
"Itu todi tuang masuk gelas!"
"Mandur...apa benda saya pengang?"
"Cacing juga tuan!"
"Mandur apa saya buat dengan ini cacing?"
"Masuk dalam itu todi puya gelas!"
"Mandurrr...apa sudah jadi dengan ini cacing?"
"Itu cacing sudah mati tuan!"
Maniam senyum. Mandurnya pandai. Pekerja2nya angguk tanda paham. En. Maniam puas hati sesi motivasinya berkenaan dengan keburukan todi telah tercapai.

Semasa dalam kereta untuk pulang En. Maniam bertanya kepada Mandurnya.
"Ada paham itu cerita?"
"Paham tuan...minum todi cacing dalam perut boleh mati. Itu todi banyak bagus!"


Tiada ulasan: