Khamis, 18 Februari 2010

Menjaga Kehormatan dan melindungi Kemaluan

Satu pagi yang indah Aliran air ke Scrubber telah mengalami penurunan yang ketara. Pemeriksaan Juruteknik proses mendapati minyak Seal pada Pam dari jenis Reciprocating berada pada paras yang rendah. Penyelia yang bertugas bertindak memanggil juruteknik Mechanical untuk menambah minyak Seal tersebut. Selepas penambahan minyal Seal didapati prestasi pam masih berada pada tahap yang rendah (berdasarkan aliran air). Permit untuk pembaikian telah dikeluarkan kepada penyelia Mechanical dan satu pasukan Rotary (pasukan khas untuk alatan yang bergerak) telah dikerahkan ketempat kejadian. Melalui pemeriksaan Lihat, Dengar dan Sentuh, pihak Rotary berkeras mengatakan tiada masalah bagi bahagian Mechanical. Secara kebetulan pada hari kejadian Gauge bagi aras (Level Gauge) tangki suapan kepada pam tersebut tidak berfungsi dan tiada sesiapa sudi untuk membuka injap pengasingan (Isolation Valve) bagi suapan (Feeding/Make-up) tangki untuk memastikan yang pam sebenarnya tidak berada dalam keadaan Starving (Suction tidak mencukupi) terima kasih kepada minyak seal kerana mengelakan pam dari kerosakan akibat Dry Running. Kemaluan Penyelia shift tersebut telah terdedah dan kehormatannya pada Mechanical tercemar (Nasib baik dia seorang lelaki).
Suatu malam yang dingin, juruteknik Produksi telah melaporkan yang Conveyor tidak dapat dihidupkan dan bagi penyelesaian segera juruteknik Elektrikal dipanggil. Memang Conveyor tersebut tidak dapat dihidupkan apabila punat penghidup (Start/Stop Button) dimainkan. Selepas punat pemberhentian kecemasan (Emergency Push Button) yang ditekan sebelumnya (sebagai langkah keselamatan) diangkat (Release) Conveyor tersebut boleh dihidupkan. Satu lagi kisah aib warga proses terdedah.
Dalam Loji kimia, menjadi warga kerja proses/produksi adakalanya terlalu senang bagi loji yang tinggi keboleh percayaannya dan terlalu tidak mencabar bagi loji yang preventative maintenancenya rendah. Segala masalah akan dikaitkan dengan kegagalan total pihak Maintenance. Memang mudah bagi kita tetapi dari segi moral dan maruah benda2 yang terlalu menonjolkan ketidak cerdikan dan terlalu mendedahkan kemaluan seperti dua cerita diatas perlu dielakkan.
Antara sebab berlakukan peristiwa aib seperti diatas adalah pihak proses/ produksi terlalu malas memeriksa alatan mereka dan secara melulu menyalahkan pihak lain. Kadangkala pengalaman yang cetek dan kurang bertanya juga menyumbang kepada peristiwa ini. Adalah satu langkah bijak jika kita memeriksa terlebih dahulu keperluan proses sebelum memanggil pihak yang berkenaan demi mengelakan kemaluan kita dari terdedah dan kehormatan kita tercemar.
Satu peringatan buat aku.

Tiada ulasan: