Sabtu, 31 Januari 2009

Api!

Kat Loji aku Butane dan Hidrogen adalah dua bahan kimia baru. Sewaktu Loji Butamer dalam proses pembinaan aku adalah antara pekerja yang terlibat dalam program pengkajian HAZOP nya. Dibawah bimbingan Mr Sankaran Narayanan dari UOP, pelbagai pengalaman yang dikongsi kepada kami berkenaan dengan kedua bahan kimia ini seperti kejadian 5 orang pakar yang terbakar hangus kerana bahana kebakaran halimunan H2 dan kejadian kebakaran kerana KO drum Flare yang Overflow kat Texas yang nyata kesemuanya mengerikan. Kini Loji baru ini telah 2 tahun beroperasi, sepanjang tempoh itu tidak terdapat sebarang kejadian yang tidak diingini (berkat pengkajian HAZOP yang penuh ikhlas barang kali).
Bebaru ini terdapat dua kejadian yang menguji aku secara praktikal, kebocoran H2 dan n-Butane. Kedua kejadian ini berlaku dalam syift aku pada waktu malam dan antaranya ketika kebanyakan staf berada pada majlis makan malam syarikat.
Kejadian pertama berlaku pada pukul 2 pagi apabila pemandu trailer H2 melaporkan ada kebocoran kecil pada tiub yang menyambungkan trailer dan paip utama. Sebagai peneraju syift pada malam itu aku kena bertindak cepat dan keselamatan Loji, pekerja dan alam sekitar mesti menjadi keutamaan (gila bagus!). Tindakan utama yang perlu aku ambil adalah bergegas ketempat kejadian untuk melihat kebocoran. Sampai je kat pagar aku dah mula ketakutan, teringat cerita kematian 5 orang pakar yang terkena bahana api H2 ini. Jadi aku sekadar berada diluar pagar dan meneliti papan tanda yang diletakan oleh pembekal untuk mencari nombor kecemasan kemudian dengan penuh ketakutan bergegas ke Bilik Kawalan untuk menghubungi pembekal. Beberapa minit kemudian skuad kecemsan dari kuantan datang dan dengan selamba bergegas ketempat kejadian dan menggunakan handset berdekatan tempat kejadian. Kejadian kedua berlaku bulan lepas, kegagalan Gasket pada flange Control Valve DIB Overhead Condenser, juga berlaku pada malam hari. Ketakutan kerana berhadapan dengan resiko kebakaran menjadikan aku agak sukar membuat keputusan tambahan pulak Sparkless Tool berada dalam stor yang berkunci dan pemegang kunci pulak berada dipesta keramaian yang agak jauh dari Loji. Sebagai langkah sementara stim disembur pada kebocoran dan sempatlah aku memikirkan cara nak mengatasi masalah ini.
Sebagai langkah keselamatan dan untuk memenangkan jiwa2 yang bakal menghadapi perkara seperti diatas, aku sertakan satu azimat untuk korang dan aku supaya lebih bertenang dan fokus:

Ingat jika salah satu dari 3 atau 4 unsur ini tak ada, jangan takut x de apinya.
Teringat aku peristiwa sewaktu berlaku kebocoran besar semasa memula Pam kat n-Butane storage. Awan butane yang besar terhasil, seorang jurutera Intrumentasi berlari dengan kencang dan melaporkan melalui Walkie Talkie supaya semua pekerja mengosongkan kilang kerana bencana bakal menimpa...hakikatnya, hey itu hanya butane dan Oxigen haba x de lagi..x terbakarnya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I hope tuan punya blog tdk terlalu menamakan someone like seorang jurutera yg bekerja di kerteh or jurutera instrumentasi coz it will be annoyed by them.....

Tanpa Nama berkata...

Ok...sebenarnya ianya sekadar satu gurauan buat kawan2. Anggaplah ia satu cerita dan sekadar perencah untuk yang turut sama mengalami peristiwa tersebut tersenyum bagi pengalaman itu. Jika ianya terlalu berat buat sesiapa...ianya tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.
Tuan Punya Blog.

Tanpa Nama berkata...

yup...it's true....i agree wif Blog's owner....don't be too serious dude...learn from mistake....jgn malu dikritik...jgn terlalu sensitif....be a establish malay......we are going to be global champion....come on dude...

Tanpa Nama berkata...

not come on but kemon...haha